Sambutan Majlis Ibadah Korban UKM


Oleh Radzuan Ghazali
Foto Kamarul, Fakulti Sains dan Teknologi

BANGI, 3 Ogos 2020 – Majlis Ibadah Korban Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah disempurnakan dengan jayanya mengikut pematuhan standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di perkarangan Masjid UKM di sini pagi ini.

Pengerusi UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar yang turut mengambil bahagian korban telah melaksanakan pembahagian kepada mereka yang terlibat. Ini termasuk juga Pengerusi Jawatankuasa Korban selaku Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar, Prof Dato’ Ir Dr Othman A. Karim.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa dan Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan  dan Inovasi, Prof Dato’ Ir Dr Abdul Wahab Mohamad.

Ibadah korban pada tahun ini berbeza dengan pada tahun lalu kerana mengikut SOP dan tiada jamuan diadakan.  Manakala pemberian daging korban secara pandu lalu dan aturan berbaris SOP bagi lelaki dan perempuan.