Timor-Leste Bakal Hantar Pelajar Pasca Siswazah Ke UKM?

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Mei 2016 – Negara Timor-Leste, atau Timor Timur, merancang untuk menghantar beberapa pelajar ke Malaysia, mungkin ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  untuk mengikuti  program Sarjana dan PHD.

Naib Menteri Pendidikan Timor-Leste Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes berkata negaranya berhasrat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UKM tahun ini untuk mengukuhkan hubungan pendidikan tinggi.

“Kita datang ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai UKM dan kita bersama boleh membina hubungan,” kata Dr Ximenes dalam syarahan umum bertajuk Pengajian Tinggi di Timor-Leste: Maju Ke Hadapan, baru-baru ini.

Beliau berharap UKM dan kerajaan Malaysia akan membantu negaranya menghadapi cabaran pendidikan di Timor Timur.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perkongsian Masyarakat) UKM Profesor Dato ‘ Dr Imran Ho Abdullah berkata, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), yang mengaturkan syarahan tersebut, sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan untuk Timor-Leste.

Beliau menjelaskan bahawa Prof Madya Dr Nor Azan Mat Zin dari FTSM telah diamanahkan dengan tugas untuk mengetuai projek di Timor-Leste yang turut melibatkan beberapa negara lain.

Timbalan Naib Canselor berkata kerjasama itu, yang dikenali sebagai MyCommunity, akan menyaksikan perkongsian kepakaran teknologi maklumat UKM di Timor Leste.ukmnewsportal-bm
2

3