UEM Group Berhad Serah Bantuan Zakat Kepada PPUKM Sejak 2014 bernilai RM1.4 Juta

Oleh Asmahanim Amir
Foto Jabatan Multimedia dan Penyiaran PPUKM

CHERAS, 10 April 2018 – UEM Group Berhad telah menyumbangkan zakat bernilai RM1.4 juta kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak tahun 2014.

Bantuan yang diberikan itu melibatkan dana sebanyak RM350,000 setiap tahun dan tahun ini (2018) adalah tahun kelima syarikat tersebut memberi zakat.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM80,00 adalah untuk keperluan segera dan kecemasan dan RM270,000 adalah untuk keperluan perubatan dan pembedahan yang efektif.

Dalam tempoh lima tahun itu, seramai 150 pesakit telah menerima sumbangan zakat tersebut dan bantuan yang diterima adalah untuk membiayai kos peralatan dan ubat-ubatan pesakit.

Turut hadir ke majlis Penyerahan Sumbangan Zakat tersebut ialah Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Ekesutif UEM Group Berhad, Dato’ Izzaddin Idris, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Ekesutif UEM Edgenta Berhad, Dato’ Azmir Merican dan Pengarah HCTM, Prof Madya Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid.