UKM Bantu Sediakan Sistem Pengangkutan Awam Lestari

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 19 Feb 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah syarikat perunding pengangkutan berhasrat untuk mengubah sistem pengangkutan awam di negara ini menjadi sektor yang lebih lestari dan mesra alam sekitar.

Langkah pertama ke arah kerjasama tersebut adalah untuk UKM mengadakan siri kursus jangka pendek untuk para profesional dan perancang pengangkutan awam dan, kata Ketua Pengarah Urus Budi Transplan Sdn Bhd Dr Rosli Nekmat.

“Kami berharap UKM boleh membantu kami mengadakan kursus untuk jurutera, pengusaha pengangkutan dan majlis-majlis perbandaran supaya mereka boleh membiasakan diri dengan kenderaan yang kurang mencemarkan udara,”  Dr Rosli memberitahu Portal Berita UKM selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan universiti tersebut di sini hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah mewakili UKM.

Dr Rosli menjangka UKM akan melaksanakan kursus lanjutan dalam jangka masa panjang yang akan merangkumi program sarjana dalam pengangkutan lestari, terutamanya menjurus untuk industri pengangkutan awam.

Beliau berkata sebagai permulaan, kira-kira 200 pegawai dari pelbagai pihak berkuasa tempatan dan sebilangan kecil dari sektor pengangkutan lestari akan menghadiri kursus menjelang akhir tahun.

Beliau berkata UKM mempunyai kemudahan penyelidikan teknologi enjin dan kenderaan autonomi yang boleh digunakan untuk Sistem Pengurusan Bas.

Beliau menjangka sistem Bas Rapid-Transit (BRT) antara Kuala Lumpur dan Klang terus menggunakan enjin diesel yang sedia ada, tetapi dikuasakan oleh  bahan api mesra alam Euro-5 yang digunakan di Kesatuan Eropah dan dikatakan sebagai yang paling bersih di dunia.ukmnewsportal-bm
02

03