UKM Dalam Penyelidikan Bersama Rawatan Air Kumbahan dan Sisa Kimia

01
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 14 Dis 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan Jepun untuk pembangunan penjerap komposit dan proses tertentu menggunakan Limonite, sejenis pati bijih besi yang digunakan dalam pewarna, dan serbuk Kenaf, yang diperoleh daripada gentian tumbuhan Kenaf, untuk rawatan air kumbahan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat berkata kerjasama utama termasuk penyelidikan mengenai kecekapan produk komposit Kenaf-Limonite untuk rawatan pewarna, cecair buangan kilang dan penghapusan bau.

Mewakili UKM, Prof Riza Atiq menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Japan Limonite Pte Ltd dan Angle Genesys Agro Sdn Bhd bagi kerjasama dalam penyelidikan Kenaf, yang merupakan bahan yang diperolehi daripada tumbuhan Kenaf yang digunakan dalam produk mesra alam sekitar.

Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Japan Limonite Pte Ltd dan Angle Genesys Agro Sdn Bhd untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pembangunan bahan penjerap komposit dan proses menggunakan limonite dan serbuk Kenaf untuk rawatan sisa air.

“Selain itu, MoU itu juga adalah untuk memohon geran penyelidikan bersama di peringkan nasional dan antarabangsa, pembiayaan dan penglibatan bersama dalam projek-projek antarabangsa serta kerjasama dalam penyelidikan dan promosi hasil penyelidikan,” katanya semasa upacara tersebut di sini pada 5 Disember lepas.

Beliau berkata sebelum ini, UKM juga telah membangunkan pelbagai jenis bahan penjerap asli berdasarkan hasil pertanian seperti kayu teras kenaf dan gentian buah kosong kelapa sawit.

“Teras kenaf telah terbukti sangat berkesan untuk menyingkirkan pewarna organik dan penyembunyian warna sisa kilang.

“Selain itu, beberapa proses awal serbuk limonite yang dibekalkan oleh Limonite Jepun telah dijalankan dan yang menariknya, hasil kajian menunjukkan bahawa serbuk limonite boleh digunakan sebagai pemangkin yang bagus dalam menguraikan bahan organik di dalam air.

“Tambah pula dengan kebimbangan tentang pencemaran air disebabkan oleh perindustrian, jadi lebih penting untuk kita mencari bahan penjerap dan proses rawatan yang lebih baik dan murah,” katanya.

Prof Riza berkata apabila ia mencapai skala yang lebih besar untuk aplikasi perindustrian, projek itu akan turut melibatkan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Nihon Suido Consultation Co Ltd, Japan.

“Salah satu yang menarik dalam kerjasama ini adalah kedua-dua bahan mentah yang digunakan adalah bahan asli dan sasarannya adalah untuk menggunakan produk bagi rawatan bahan penjerap perindustrian yang merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar,” tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Limonite Pte Ltd Japan, Norio Shimada berkata beliau yakin bahawa Limonite akan membawa hasil yang berbaloi untuk projek tersebut.

“Saya gembira dengan kerjasama ini dan menghargai jemputan UKM untuk bersama kami. Kami akan memastikan bahawa projek ini menggunakan sistem yang komprehensif untuk menganalisis rawatan sisa air di Malaysia,” katanya secara ringkas.ukmnewsportal-bm
02

03

04

05