UKM Dan Novartis Mengutamakan Personaliti dan Pengalaman

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto Izwan Azwan

BANGI, 4 Mei 2016 – Anda boleh berjaya dalam kerjaya seperti industri Farmasi  tanpa latar belakang yang diperlukan jika anda bersedia untuk belajar perkara-perkara baru dan bercita-cita tinggi, kata Michaela Dinboeck, Pengarah Urusan Norvatis Corporation Malaysia.

Dinboeck berkata beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan atau farmaseutikal tetapi naik pangkat hingga ke jawatan sekarang dengan berkat kerja keras.

“Saya diberitahu bahawa saya telah dipilih untuk kerja kerana saya ikhlas mengaku  tidak tahu banyak mengenai industri perubatan namun saya berusaha mengetahui lebih lanjut mengenai bidang ini. Apatah lagi, pengalaman saya di Bolivia turut menyumbang kerana ia menunjukkan saya telah melakukan sesuatu yang berbeza dan berani mengambil risiko,” katanya pada majlis pelancaran program perantisan tahunan kedua syarikat itu untuk melatih mahasiswa dalam bidang jualan dan pemasaran, baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak semestinya memilih mereka berdasarkan keputusan peperiksaan, tetapi personaliti yang menyenangkan dan kemahiran insaniah yang baik.

Best Sales and Marketing Apprentice Training 2016 (B.SMArT)) mendedahkan  pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan universiti lain, kepada industri farmaseutikal melalui modul yang komprehensif,  dari jualan dan pemasaran, hinggakan interaksi dengan pesakit.

Program B.SMArT dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah, yang bersetuju bahawa personaliti memainkan peranan yang paling penting dalam pengambilan pekerja, termasuk kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan komitmen.

Kira-kira 20 pelajar pelajar tahun akhir daripada 60 pemohon daripada pelbagai universiti termasuk UKM, Universiti Malaya (UM), Universiti Perlis Malaysia (UniMAP), University of Nottingham, Universiti Taylor dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) , mengambil bahagian dalam latihan empat hari ini.ukmnewsportal-bm

2