UKM Hasilkan Graduan Bantu Warga Emas

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Pix Ikhwan Hashim

BANGI, 28 MAC 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia sedang melengkapkan siswazah dengan kemahiran berkhidmat dalam bidang kebajikan, memandangkan Malaysia akan menjadi negara penuaan,  kata Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah.

UKM melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan menyediakan pelajar menggunakan kemahiran mereka dalam industri perkhidmatan kebajikan, yang menjadi semakin penting, katanya.

Beliau menjelaskan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia di FSSK bekerjasama dengan kementerian-kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi tujuan tersebut.

Timbalan Naib Canselor berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UKM, yang beliau mewakili, dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kira-kira 30 peserta program ini sedang mengkaji kerja sosial dan akan memulakan penilaian praktikal ini pada semester ketiga sesi 2015/2016.

“Jabatan Statistik mendapati bahawa 8% daripada 31 juta rakyat Malaysia terdiri daripada warga emas. Malaysia akan dikenali sebagai negara yang semakin tua apabila tahap peratusan capai 15% dan ini dianggarkan berlaku pada tahun 2035 di mana 15% daripada 37 juta orang akan menjadi warga emas, ” kata Datuk Dr Pang Chau Leong, Ketua Pengarah JPK.

Dr Pang berkata sektor perkhidmatan kebajikan untuk warga emas adalah industri matahari terbit yang menjanjikan potensi dan juga pilihan yang tepat untuk pelajar yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian.

“Daripada ini, pelajar bukan sahaja boleh menjana pendapatan tetapi ada peluang menjadi seorang usahawan satu hari nanti,” tambahnya.ukmnewsportal-bm
2

3

4