UKM Kampus Kuala Lumpur Sumbang RM16, 940.10 kepada Tabung Bencana Sulawesi


Berita dan Foto oleh Bahagian Komunikasi Korporat, KKL

BANGI, 18 Oktober 2018 – Warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur (KKL) telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM16,940.10 kepada Tabung Bencana Sulawesi bagi membantu penduduk Sulawesi yang dilanda gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

Pro Naib Canselor KKL, Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal berkata, beliau berbangga kerana warga UKM KKL telah membantu mengumpul sumbangan bantuan bencana di Sulawesi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Sumbangan ini menunjukkan warga UKM KKL prihatin dengan dengan bencana yang menimpa penduduk Sulawesi,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada wakil Mercy Malaysia, Dr Ahmad Farihin Mohd Don yang diadakan dalam satu majlis baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Ahmad Farihin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan kerana sumbangan yang diberikan bukan sahaja melibatkan bantuan kewangan tetapi juga tenaga pakar seperti pegawai perubatan, jururawat dan pembantu perubatan.

“Kami di Mercy Malaysia berharap supaya sumbangan dan kerjasama erat ini akan sentiasa berterusan,” katanya.