UKM – Kerajaaan Negeri Kedah Kerjasama Majukan Lembangan Sungai Kedah


Oleh Radzuan Ghazali
Foto Muhammad Izwan Azman

Alor Star – Tiga program berstruktur akan dirangka bagi memajukan Lembangan Sungai Kedah bagi industri dan masyarakat sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malasia (UKM) dengan Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Iman, Alor Star, Kedah pada 22 Julai baru-baru ini.

Tiga program berkenaan ialah penjelajahan ekosistem Lembangan Sungai Kedah melibatkan pelajar dan guru sekolah mengikuti amali modul ekosistem air dan modul pengurusan seni; dan pemerkasaan komuniti lestari Lembangan Sungai Kedah untuk memahami dan mencari penyelesaian masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Selain itu, ketiga ialah simposium Lembangan Sungai Kedah yang melibatkan pembentangan dan perbincangan berkumpulan di antara semua pembuat keputusan di lembangan sungai ini.

UKM diwakili oleh TImbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Indusri dan Masyatakat), Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Khan mewakili Kerajaan Negeri Kedah sementara Dekan Fakulti Undang-Undang (FUU) UKM, Prof Dr Nazura Abdul Manap dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Kedah, Norizan Khazali sebagai saksi bagi institusi masing-masing.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tanah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Zamri Yusof menyaksikan majlis MoU tersebut.

Prof Dato’ Imran Ho dalam ucapannya berkata, penyelidikan ini melibatkan penyelidik-penyelidik dari FUU, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Citra UKM yang ketuai oleh Timbalan Dekan FUU, Prof Madya Dr Rasyikah Md Khalid.

Katanya, pengumpulan data pusingan kedua akan diadakan bagi digunakan sebagai analisa untuk Penulisan Tindakan Komuniti Lestari Lembangan Sungai Kedah 2020-2030 yang akan menjadi teras kepada pengukuhan aspek governan dan pengurusan Lembangan Sungai Kedah.

Saya berharap kerjasama kedua pihak ini akan memantapkan aktiviti penyelidikan dan jaringan antara UKM dan Kerajaan Negeri Kedah bagi memenuhi keperluan perkembangan ilmiah di peringkat pengajian tinggi dan masyarakat di Kedah bagi manfaat dan rujukan kerajaan negeri.

Sementara itu, Zamri Yusof dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kedah sentiasa bekerjasama dengan semua pihak melibatkan kelestarian sungai Kedah.

Empat majlis daerah terlibat dalam lembangan Sungai Kedah ini iatu Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Kubang Pasu dan Majlis Bandaraya  Alor Star, katanya.

 

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Kedah yakin komitmen kerjasama dengan UKM akan dapat menghasilkan penyelidikan yang berguna bagi memajukan Lembangan Sungai Kedah seterusnya mengangkat lembangan ini menjadi satu teras yang bermanfaat kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah khasya.