UKM Lahirkan 900 Graduan Optometri Sejak Tahun 1992

1
Oleh Engku Shariful Azni
Pix Abd Ra’ai Osman

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  melahirkan 900 graduan Optometri sejak jurusan itu diperkenalkan pada tahun 1992, kata Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Belaiu berkata para alumni perlu mengangkat amanah untuk membangunkan negara, khususnya dalam bidang optometri.

“Apabila kita mempelajari sesuatu ilmu, kita perlu melihat bagaimana boleh berbakti kepada masyakarat,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan pada majlis Makan Malam Alumni Optometri di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) di sini baru-baru ini.

Beliau juga meluahkan rasa bangga dapat berjumpa dengan para alumni yang telah berjaya dalam pelbagai bidang yang tidak semestinya dalam bidang optometri.

Selain daripada dapat mengumpulkan semua alumni optometri, makan malam tersebut juga diadakan untuk memberi anugerah dan penghargaan kepada para alumni yang menyerlah dalam karier masing-masing.

Antara anugerah yang disampaikan pada malam itu adalah bagi Keusahawanan, Perkembangan Akademik, Khidmat Komuniti dan Anugerah Khas Optometri.

Turut hadir Amir Husain, Mantan Presiden Pertubuhan Alumni Optometri UKM, dan Prof Dr Baharuddin Omar, Dekan FSK.ukmnewsportal-bm
2

3