UKM Meterai Memorandum Persefahaman Kukuhkan Kerjasama dengan RANZCO


Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim dan Jabatan Oftalmologi PPUKM

CHERAS, 9 April 2019 – Jabatan Oftalmologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Royal Australian and New Zealand College of Ophthalmologist (RANZCO) bagi mengukuhkan kerjasama antara dua pihak.

Ketua Jabatan Oftalmologi HCTM PPUKM, Prof Madya Dr Norshamsiah Md Din berkata, melalui MoU itu, UKM akan menjalinkan kerjsama dengan RANZCO dalam beberapa bidang seperti penyelidikan bersama dan penerbitan antarabangsa, lawatan pemeriksa, kerjasama pengajaran dan pembelajaran, perbincangan bersama kajian semula kurikulum dan pelaksanaan aktiviti akademik bersama seperti kursus, persidangan, seminar, simposium dan kuliah.

“Bila ada MoU ini, kita harap kita boleh bertukar-tukar kepakaran dari segi bagaimana mereka membuat penilaian, standard setting for exams dan formative assessment yang lain seperti direct observation of procedure (DOPs).

“Perkara kedua adalah examiner (pemeriksa). Peperiksaan doktor pakar oftalmologi di Malaysia dibuat bersama dengan gabungan UKM, UM (Universiti Malaya), USM (Universiti Sains Malaysia) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Setiap peperiksaan akan ada seorang external examiner from overseas.

“MoU ini akan memudahkan kita bertukar-tukar pemeriksa dengan pihak RANZCO.  Pentingnya external examiner, selain daripada memastikan kualiti peperiksaan di Malaysia setaraf degan peperiksaan antarabangsa yang lain, adalah juga dapat membuka ruang untuk international collaboration. Bila pemeriksa datang ke sini (Malaysia), beliau akan kenal kita dan dapat membuka peluang untuk bekerjasama dalam bidang-bidang lain seperti penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran. Jadi kerjasama ini akan berterusan; walaupun beliau sudah balik ke negaranya, kita sentiasa berhubung,” jelasnya.

Katanya, dalam bidang penyelidikan pula beliau berharap kolaborasi itu akan meningkatkan penerbitan UKM ke jurnal yang berimpak tinggi dan disenarai dalam jurnal Q1, selain dapat mengantarabangsakan penyelidikan oftalmologi di UKM.

Prof Madya Dr Norshamsiah yang juga  Pengerusi Malaysian Universities Conjoint Committee of Ophthalmology (MUCCO) berharap melalui kerjasama itu, Jabatan Oftalmologi UKM khususnya dan latihan oftalmologi di Malaysia amnya akan berada setaraf dengan program oftalmologi di peringkat antarabangsa.

The nearest that we can reach out is RANZCO because they are in the Asia Pacific region. RANZCO have a very good ophthalmology programme in place. We hope after national curriculum review, we can exchange ideas with regards to the curriculum with RANZCO in the ophthalmology field.

“Saya juga harap kerjasama ini akan melonjakkan nama UKM di persada antarabangsaa. International people will know UKM and hopefully when they know us, we can get more involved in ophthalmology events at the international level,” katanya.

RANZCO adalah kolej perubatan yang bertanggungjawab untuk melatih dan membangunkan ahli profesional di bidang oftalmologi di Australia dan New Zealand dengan misi untuk memacu peningkatan penjagaan kesihatan mata di Australia, New Zealand dan rantau Asia Pasifik menerusi latihan, pendidikan, penyelidikan dan advokasi yang luar biasa.