UKM Pertingkatkan Pendidikan Orang Asli

1

Oleh Radzuan Ghazali
Foto Abdul Raai Osman

BANGI, 5 Julai 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan sentiasa membantu masyarakat orang Asli bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof Dato’ Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Buah, Dengkil baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah), Pengarah Pusat Transformasi Komuniti (UCTC) UKM, Prof Madya Datuk Dr Rokiah Omar, Ketua Kampung Sungai Buah, Ahmad Sanusi Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung (JKK) Orang Asli Sungai Buah, Julia Bait.

Prof Dato’ Riza seterusnya berkata, selain aspek pendidikan, isu tanah dan air turut juga akan dibantu oleh UKM selagi mampu bagi kemudahan masyarakat orang Asli.

“Ini penting bagi mereka untuk bersama-sama menikmati kemudahan prasarana seperti masyarakat Melayu di kampung berkenaan,” katanya.

Masyakarat orang Asli Sungai Buah mempunyai 37 keluarga yang terdiri daripada 144 orang.

Sempena majlis tersebut, setiap keluarga telah menerima sumbangan sekampit beras dan wang tunai.

Projek Majlis Berbuka ini dianjurkan oleh UCTC UKM dengan kerjasama Pusat Zakat dan Jabatan Bendahari UKM.ukmnewsportal-bm
2

3