UKM Terima Geran FRGS bernilai lebih RM7 juta

Bangi, 28 Julai – Penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya menerima geran bernilai lebih daripada RM7 juta.di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) untuk fasa 1 bagi tahun 2016.

Secara keseluruhan, sebanyak 90 projek penyelidikan daripada pelbagai bidang akan menerima manfaat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Projek-projek tersebut terangkum dalam kluster-kluster seperti Informasi dan Teknologi Komunikasi, Sains Sosial, Sains Tulen dan Sains Gunaan, Teknologi dan Kejuruteraan dan Warisan Budaya.ukmnewsportal-bm