UKM Terpilih Sebagai Universiti Sukarelawan Terbaik Program Jom Bekpes 2016


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 18 Februari 2017 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dinobatkan sebagai Universiti Sukarelawan Terbaik Program Jom Bekpes 2016, mengenepikan 25 universiti awam dan universiti swasta melalui program Jom Bekpes 2016 untuk gelandangan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Program Jom Bekpes adalah tanggungjawab sosial Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) bersama dengan Institut Onn Jaafar (IOJ) dan Yayasan Chow Kit.

Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan berkata program tersebut adalah inisiatif yang dijalankan untuk menyuntik kesedaran dan menghubungkan masyarakat kurang bernasib baik dengan mahasiswa UKM.

“Aktiviti kemasyarakatan seperti itu berupaya membentuk sahsiah dan membina kemahiran interpersonal pelajar sepanjang pengajian mereka di universiti,” katanya.

Hampir 300 pelajar KTSN, FSK, Kolej Rahim Kajai dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan terlibat sebagai sukarelawan Jom Bekpes 2016.

Piala Pusingan telah disampaikan sendiri oleh Charles Mohan.