Majlis Kesyukuran Sempena 40 Tahun Penubuhan UKM


ISNIN, 24 MEI 2010 12:13
BY NASTURA NASIR

Satu Majlis Kesyukuran sempena ulang tahun ke-40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah diadakan di Masjid UKM pada 20 Mei 2010 selepas solat maghrib. Majlis ini dihadiri oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, para pegawai pentadbiran tertinggi serta warga UKM.

Majlis itu diadakan sebagai penyataan rasa kesyukuran seluruh warga UKM  dan  berterima kasih atas keutuhan universiti ini di arena pendidikan negara hasil perjuangan para cendekiawan dan rakyat jelata.

Semoga perjuangan terdahulu menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada seluruh warga UKM untuk mempergiatkan usaha meletakkan nama UKM di kalangan universiti terkehadapan dunia di samping memaparkan kewujudannya  sebagai satu ikon dan identiti kebangsaan  yang menjadi kemegahan masyarakat Malaysia.

Majlis kesyukuran in merupakan sebahagian daripada pengisian program Sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM yang telah diatur sepanjang tahun ini.