PALAPES UKM sekali lagi muncul juara kawad terbaik

KHAMIS, 17 JUN 2010 12:34
Oleh Abdul Ghani Nasir

BANGI, 17 Jun, 2010 — PASUKAN Palapes Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  memenangi Anugerah Kawad Terbaik kali-6 dalam Pertandingan Antara IPTA ke-29 di USM, Pulau Pinang, 12 Jun lalu.

Sebelum ini Kontinjen UKM dengan 101 anggota merangkul kejuaraan itu pada tahun-tahun 2008,2007,2006,2005 dan 2004.

Pasukan UKM mengalahkan pasukan kawad daripada Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Mlaysia Sabah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu and Universiti Malaysia Perlis.

Raja Muda Perlis telah berkenan menyampaikan anugerah itu yang diambil Leftenan Muda Siti Hajar Mokter.

Kontinjen Palapes UKM telah menjalani latihan giat selama enam hari di UKM dan selama dua minggu di USM di bawah pimpinan PW1 Encik Rahim Hashim.