Sultan Kedah saksikan pertandingan akhir bola sepak RAMD

RABU, 03 NOVEMBER 2010 19:35
Oleh Abdul Ghani Nasir
Foto oleh Saliman Leman


BANGI, 3 Nov. 2010 – Baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’ Adzam Shah,  selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mencemar Duli menyaksikan pertandingan akhir bola sepak di antara dua pasukan RAMD, di Stadium UKM, hari ini.


Pertandingan Akhir Bola Sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu’ Adzam Shah bagi tahun 2010 itu, menemukan Pasukan  Rejimen 1 Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan Pasukan Rejimen 9 RAMD.

Baginda turut berkenan untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pasukan Pasukan Rejimen 9 RAMD yang muncul juara mengalahkan lawannya 1-0 dalam masa tambahan.