64 warga antarabangsa menerima ijazah doktor falsafah dalam konvokesyen UKM ke 38

SABTU, 07 OGOS 2010 12:58
Oleh Kuah Guan Oo 

BANGI, 7 Ogos, 2010 –Sejumlah 64 warga antarabangsa, hampir separuh dari Indonesia dan Jordan, menerima ijazah doktor falsafah (Dr. Fal) dalam konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke-38 hari ini.

Pelajar-pelajar Indonesia dan Asia Barat merupakan kumpulan pelajar antarabangsa yang terbesar daripada jumlah 2,583 orang dari 56 buah negara yang kini belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun ini seramai 233 pelajar, termasuk 64 warga antarabangsa, menerima doktor falsafah (Dr. Fal.) dan merupakan satu rekod baru bagi UKM dan  tertinggi berbanding dengan universiti lain di Malaysia.

Daripada 64 pelajar yang menerima Dr. Fal hari ini, 21 orang adalah dari Indonesia, 10 orang dari Jordan, tujuh dari Yemen, tujuh dari Iran, lima masing-masing dari Bangladesh, dan Libya dan dua orang dari Sudan.

Turut disenaraikan ialah seorang sarjana masing-masing dari negara China, Oman, Iraq, Nigeria, Palestine, India dan Turkey.

Di antara 21 orang sarjana Indonesia yang menerima ijazah Ph.D, mereka hari ini, tujuh orang menerima ijazah mereka daripada Fakulti Sains dan Teknologi, lima dari Fakulti Pengajian Islam, empat dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, tiga dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan masing-masing seorang daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu, dan seorang dari Fakulti Pendidikan.

Antara 10 orang warga Jordan, empat menerima Ph.D mereka dari Fakulti Pengajian Islam, empat dari Fakulti Sains dan Teknologi, seorang dari Fakulti Pendidikan dan seorang lagi dari Fakulti Perubatan.

Dua orang daripada rakyat Iran menerima ijazah mereka dari Fakulti Sains dan Teknologi, dua orang lagi daripada Fakulti Pendidikan, dua orang dari Pusat Pengajian Siswazah dan seorang daripada Fakulti Kejuteraan.

Antara lima orang warga Libya, dua menerima Ph.D mereka dari Pusat Pengajian Siswazah, seorang daripada Fakulti Sains dan Teknologi, seorang daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan seorang daripada Fakulti Pengajian Islam.

Tiga warga Yemen pula mendapat Ph.D mereka daripada Fakulti Sains dan Teknologi, seorang daripada Pusat Pengajian Siswazah, seorang daripada Fakulti Perubatan, seorang daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan seorang daripada Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina.

Bagi warga Bangladesh pula, dua orang menerima ijazah mereka daripada Fakulti Sains dan Teknologi, dan masing-masing seorang daripada Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina, Fakulti Pendidikan dan Pusat Pengajian Siswazah.

Dua sarjana daripada Sudan menerima Ph.D mereka daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sementara sarjana tunggal negara China pula menerima Ph.Dnya daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu, warga Palestin daripada Fakulti Pengajian Islam, sarjana Iraq daripada Fakulti Sains dan Teknologi, warga Nigeria daripada Fakulti Pendidikan, sarjana Oman dan India masing-masing daripada Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Sarjana tunggal dari Turki pula menerima ijazahnya daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.