UKM melantik semula Prof Saran Kaur TNC HEJIM selama dua tahun

 

ISNIN, 30 OGOS 2010 10:36

BANGI, 30 Ogos, 2010 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melantik semula Prof. Dr. Saran Kaur Gill   sebagai Timbalan Naib Canselor  Hal-ehwal Jaringan Industri Dan Masyaraka (HEJIM),   untuk tempoh dua  tahun   mulai 1 Sept. 2010 hingga 31 Ogos 2012.

Pelantikan semula ini diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini. Pelantikan ini dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khalid Nordin selaras dengan Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan Sri Mazlan mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar beliau dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.

HEJIM menjadi pusat tumpuan bagi inisiatif untuk membangunkan jaringan strategik universiti-industri-masyarakat yang boleh mengukuh dan menyokong urusan utama universiti, iaitu penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan.