UKM Rancang Adakan Kursus Keselamatan Tenaga Nuklear

SELASA, 17 APRIL 2012 00:00

DinnerKeselamatanNuklear1

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Kuala Lumpur, 17 April 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang berusaha mengadakan suatu kursus mengenai keselamatan tenaga nuklear sejajar dengan pandangannya bahawa cabaran utama pengunaan kuasa itu ialah keselamatan awam.

Naib-Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata sebagai perintis dalam penyelidikan tenaga nuklear di Malaysia, UKM peka kepada komitmen kerajaan dalam hal pengunaan tenaga atom dan bersedia untuk membantunya.

Beliau membuat ulasan itu pada majlis makan malam selepas dialog mengenai kerjasama dalam pengunaan kuasa nuklear di sini malam tadi.

Para hadirin terdiri dari peserta-peserta dialog ketiga mengenai tenaga nuklear di Asia Tenggara.

Matlamat siri perjumpaan ini ialah memupuk kerjasama dalam bidang nuklear dan mengatasi masalah keselamatan pengunaannya dalam industri.

Dua dialog pertama dilangsungkan di University of Canterbury, di Christchurch, New Zealand dan perjumpaan ini adaah yang pertama di Malaysia.

Siri perjumpaan ini dianjurkan oleh Yayasan Stanley dari Iowa, Amerika Syarikat, sebuah badan penyelidikan berhaluan kanan yang bermatlamat menghendakan semua pengunaan kuasa nuklear seluruh dunia dikawal oleh Amerika.