Kempen Keselamatan Jalan Raya Dalam Kampus UKM

SELASA, 18 DISEMBER 2012 16:27
Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim

BANGI, 12 Dis 2012 –Ramai penunggang motosikal didapati tidak mempunyai lesen memandu serta tidak membayar cukai jalan atau mempunyai lindungan insurans apabila memandu di jalanraya.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad, Encik Zakri Khir berkata ramai pula diantara mereka tidak mematuhi peraturan jalanraya atau langkah-langkah keselamatan.

Berucap di upacara Kempen Keselamatan Jalanraya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Syarikat Allianz di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) petang ini, beliau berkata ramai pengguna jalanraya lebih-lebih lagi belia yang menunggang motosikal tidak mengetahui bahaya memandu atau menunggang tanpa mematuhi peraturan jalanraya.

Majoriti pelajar UKM juga menunggang motosikal tetapi ramai diantara mereka tidak menghiraukan peraturan yang diwujudkan.Beliau berharap kempen itu dapat menyedarkan pelajar untuk mematuhi peraturan jalanraya untuk melindungi diri dan orang lain dari bahaya kemalangan, khususnya yang membawa maut.

Zakri berkata umum mengetahui bahawa kadar kematian di jalanraya yang tertinggi di Malaysia terdiri dari penunggang motosikal kebanyakannya belia ia itu 60% dari pada 18 hingga 20 orang yang maut dijalanraya setiap hari.

  
Beliau berharap dapat menyampaikan perasaan kebimbangan penganjur khususnya terhadap pelajar yang menunggang dalam kampus supaya lebih berhati-hati ketika menunggang.

Beliau berkata apa yang dilakukan adalah untuk mengajar pelajar supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menunggang.“Anda tentu tidak mahu menjadi sebahagian daripada 18-20 orang yang maut setiap hari di jalan raya di Malaysia,” kata Zakri.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dato’ Dr Saran Kaur Gill dan Zakri kemudiannya telah menyampaikan hadiah cabaran Allianz Drive Master kepada pemenang serta menyampaikan jaket wind breakers Allianz, topi keledar dan kerusi booster kanak-kanak kepada pemenang bertuah.