Gugusan Pentadbiran Menjuara Kejohanan Golf Staf UKM

SELASA, 27 MAC 2012 10:36

golf 1

Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto oleh Prof. Muhammad Yahaya

BANGI, 26 Mac 2012- Gugusan pentadbiran telah menjuarai Kejohanan Golf Staf yang berlangsung di padang golf UKM di Danau di sini semalam dengan skor 148.

Pemain-pemainnya terdiri dari En Abd Wahab Hashim, En Lim Chin Haw, Dr Tajul Arifin Muhamad dan En Abd Karim Che Kob.

Pasukan Gugusan Sains terdiri dari Prof Madya Dr Mohd Nizam Said, Hj Rosli Mohamad, Prof Madya Dr Ahmad Abas Kutty dan Prof Dato’ Dr Md Ikram dan Gugusan Ikhtisas yang diwakili Dr Ruslin Amir, Prof Madya Dr Zamri Mahmood, Dr Mohd Taib Harun dan Dr Mohd Isa Hamzah masing-masing dengan skor 142 menjadi naib johan.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti juga telah menyertai kejohanan itu sebagai peserta jemputan sebagai penghargaan istimewa warga golf UKM kepada Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dato’ Dr Zulkefli A. Hassan yang akan bertukar ke Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya mulai 1 April ini dan diganti oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mohd Zawawi Ismail.

Pendaftar, En Abd Aziz Othman telah menyampaikan hadiah kepada 20 pemain individu terbaik manakala Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin telah menyampaikan hadiah kepada tetamu kehormat.

Turut hadir di majlis ini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Dr Zulkefli A. Hassan dan Prof Zawawi Ismail serta ahli Lembaga Pengarah UKM Dato’ (Dr) Azmi Abdullah dan Datuk Mohd Nasir Ahmad.