Mexico Mencontohi Program Perkongsian Mobiliti Global UKM

Oleh Imran Ho-Abdullah & Rashila Ramli

TOLUCA, MEXICO, 18 Mei 2012 – Program Perkongsian Mobiliti Global UKM begitu mengkagumkan Universidad Intercultural de Estado Mexico (UIEM) hingga memutus melasanakan program seumpama untuk mewujudkan kefahaman terhadap rakyat aslinya.

UIEM pada bulan Ogos depan akan melaksanakan program antarabangsanya yang pertamanya demikian mencontohi program UKM.

Ia sebelum ini telah mengantar empat orang pelajarnya mengambil bahagian dalam program UKM itu tahun lalu yang diusahakan untuk memupuk kefahaman terhadap pelbagai budaya dan persahabatan.

Raktor UIEM, Prof Jose Francisco Monroy-Gaytan telah menjemput Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Syed Hasan Shahabudin mengadakan lawatan kerja ke kampusnya untuk meninjau dan mengesahkan program seumpama yang ia akan laksanakan Ogos ini nanti.

Program UIEM itu akan memaparkan logo UKM bersama logonya bersama lencana negara Mexico yang akan membiayai program itu.

Universiti itu buat kali keduanya akan terus mengantar empat orang pelajarnya ke program perkongsian mobiliti UKM yang ke tiga bulan Jun ini. Dan UKM pula membalasnya dengan menghantar empat orang pelajar UKM menyertai program UIEM itu.