UKM Anjur Bengkel Membina Kapasiti Untuk Komersilkan Hasil Penyelidikan

‘Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 28 Mei 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama rakanya Stevens Institute of Technology (SIT) dari New Jersey Amerika Syarikat akan menganjur bengkel kerjasama membina kapasiti untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan.

Bengkel untuk seminggu akan diadakan di Langkawi mulai Jumaat 1 Jun ini di hadiri oleh penyelidik, usahawan dan pegawai dari ajensi kerajaan bertujuan meningkatkan kefahaman proses-proses penting dalam usaha mencari jalan bagaimana mengkomersilkan hasil penyelidikan.

Inilah bengkel keempat seumpama yang dijalankan UKM dan SIT dan kali ketiga turut dihadiri oleh universiti lain terdiri dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMaS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut hadir.

Pihak kerajaan diwakili oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Bengkel bertajuk Pembinaan Kapasiti Untuk Inovasi dan Penyelidikan dan Pembangunan Pengkomersilan 2012, akan dirasmikan oleh Naib-Canselor UKM, Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin pada 3 Jun.

Ia direka khas untuk penyelidik universiti serta fakulti-fakulti perniagaan, pentadbir universiti, pegawai kerajaan dan pelabur yang berminat untuk menjadikan teknologi asas perniagaan mereka.

Peserta diberi peluang berbincang dalam kelompok kecil menyediakan rangka perniagaan yang hendak digunakan bila mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka.

Pada penghujungnya setiap pasukan yang menyertai perlu memberi hujah mengenai rangka perniagaan mereka kepada satu panel hakim profesional.

Hakim-hakim terdiri daripada dua pakar teknologi/usahawan bersiri dari SIT dan empat wakil dari pertubuhan teroka modal, iaitu Malaysian Venture Capital Management Berhad, QuestMark Capital Management Sdn Bhd (beribu pejabat di Hong Kong), Cradle Fund Sdn Bhd (dibawah Kementerian Kewangan) dan MTDC (di bawah Khazanah Holdings Berhad).

Naib Canselor empat buah universiti penyelidikan turut diundang untuk menyaksikan proses pemilihan projek untuk dikomersialkan.

Tiga bengkel UKM-SIT sebelum ini telah menghasilkan kurikulum Akademi-Keusahawanan yang kini diajar kepada semua pelajar tahun pertama sebagai pelajaran wajib dengan modul-modul lain untuk tahun kedua dan ketiga.

Ia dibangunkan bersama oleh by UKM and SIT dan dipercayai yang pertama pernah dilaksanakan oleh mana-mana universiti.

Tujuanya ialah membekal para graduan dengan kemahiran berunding dan kepintaran keusahawanan serta meningkatkan kebolehan mengkomersilkan penemuan-penemuan baru.

Graduan berpengetahuan demikian perlu untuk dapat menjayakan Model Ekonomi Baru yang didorong oleh inovasi yang sedang dilaksanakan kerajaan sekarang.