UKM Mendapat Penarafan 6 Bintang MyRA dan Tier-5 Cemerlang SETARA ‘11

SABTU, 03 NOVEMBER 2012 00:00

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 2 Nov, 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat penarafan 6 bintang oleh Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (Myra), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasinya.

Pada masa yang sama ia mendapat penarafan Tier-5 Cemerlang untuk SETARA ’11 bagi kualiti pengajaran di peringkat ijazah pertama bagi universiti dan kolej universiti.

Kedua-dua Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam.

MyRA bertujuan mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) di IPT (IPTA dan IPTS bertaraf Universiti, Kampus Cawangan Luar Negeri dan Kolej Universiti di Malaysia.

Tiga buah universiti penyelidikan tempatan yang lain turut diberi penarafan 6 bintang di bawah Myra, iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Sementara itu, UKM adalah antara 35 institusi pendidikan tinggi yang mencapai Tier-5 atau status “cemerlang” di bawah Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA) yang dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sebanyak 13 universiti awam mendapat penarafan tersebut manakala selebihnya adalah universiti swasta dan kolej universiti.

Semua  lima universiti penyelidikan lain iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM menerima penarafan ini.

Tiada university menerima penarafan Tier-6 Terbilang.

Sebanyak 16 institusi diklasifikasikan sebagai Tie-4 atau ” Sangat Baik” manakala sebuah university  terletak di Tier-3, iaitu status “Baik”.

Tiada kolej universiti atau universiti  dikategorikan di bawah Tier-2 (memuaskan) dan Tier-1 (lemah).

Maklumat lanjut mengenai keputusan SETARA boleh dicapai di http://www.mqa.gov.my/SETARA11.