UKM Gesa Usahawan Muda Supaya Tunjuk Bukti Perniagaan Maju

JUMAAT, 27 DISEMBER 2013 08:14

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ra’ai Osman

BANGI, 2 Disember 2013 – Usahawan yang dilatih oleh Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) perlu mengemukakan bukti kepada pemberi pinjaman mereka  bahawa projek mereka adalah menguntungkan.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) UKM Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani berkata bank dan institusi kewangan mahu melihat dokumentasi yang betul untuk menyokong tuntutan ahli perniagaan ini tentang bagaimana pinjaman digunakan dalam perusahaan mereka.

Merasmikan Program Keusahawanan TechnoCount (ETP ) di sini hari ini, Prof Mohd Fauzi berkata masalah aliran maklumat dan komunikasi antara bank-bank dan usahawan berpunca daripada kekeliruan bagaimana wang itu digunakan.

“Apabila seorang usahawan berkata, dia berjaya meraih RM30,000 sehari tetapi  bank tidak dapat melihat apa-apa dokumen sokongan, ia seolah tidak wujud,” beliau jelaskan.

Bagaimanapun, katanya, masalah pengurusan perakaunan sedemikian sedang diteliti.

Program anjuran UKM-CESMED diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan UKM diberi mandat untuk memproses 500 pelajar dari 14 universiti lain seluruh Malaysia berikutan masalah dalam dokumentasi perusahaan kecil dan sederhana.

Pengarah pengurusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Wira Dr Hj Ameer Ali  merasmikan acara tersebut.

UKM- CESMED dan perunding kanan memilih 16 perunding muda yang terdiri daripada 14 pelajar UKM dan 2 orang pelajar UiTM.

Menurut Prof Fauzi, pada tahun 2013, seramai 663 pelajar universiti dan graduan menyertai TERPAKSA TechnoCount, yang mana 81 % daripada mereka adalah dalam jurusan perakaunan dan bakinya dalam jurusan kewangan, pemasaran , keusahawanan, dan Pembangunan Ekonomi.