Ijazah Posthumous Kepada Dua Orang Pelajar

RABU, 30 OKTOBER 2013 08:47


Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 29 Okt 2013 – Ijazah untuk dua orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang meninggal dunia sebelum Majlis Konvokesyennya yang ke 41 telah disampaikan kepada waris mereka dalam satu majlis pada Ahad lepas.

Mereka adalah diantara 6,830 pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran dan menerima ijazah mereka di majlis Konvolkesyen ke 41 UKM yang berakhir hari ini.

Anugerah bagi Dr Abd Aziz bin Sabran, seorang pelajar Sarjana dari Fakulti Perubatan yang telah menamatkan pelajarannya dalam bidang Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Pekerjaan) telah diterima oleh isterinya, Pn. Adila.

Manakala ijazah sarjana muda untuk Mustafa Bakri bin Zulkapli dari Fakulti Undang-undang diserahkan kepada ayahnya, Zulkapli bin Othman.

Satu majlis khas penyampaian ijazah posthumus itu telah dilangsungkan semasa Majlis Makan Tengah Hari di sidang ketiga, pada hari Ahad lepas.