Pasangan Suami Isteri Terima Ijazah PhD Bersama

AHAD, 27 OKTOBER 2013 13:55

By Shahfizal Musa
Pix Shahiddan Saidi

BANGI, 26 Okt 2013 – Sepasangan suami isteri yang menerima Ijazah PhD mereka bersama di Konvokesyen ke 41 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuktikan perkahwinan tidak menghalang mereka memajukan diri.

Dr Ismadi Ismail and Dr Rosilawati Amiruddin kedua-keduanya di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi pada sesi yang sama.

Sekali imbas mereka kelihatan seperti pasangan biasa sahaja tetapi banyak yang boleh di pelajari daripada mereka.

Mereka bukan sahaja menerima ijazah pada hari yang sama tetapi mempelajari bidang yang sama, bekerja di tempat sama dalam jabatan yang sama dan mengajar subjek yang sama pula.

Pasangan tersebut yang telah berkenalan semasa pengajian di peringkat matrikulasi dahulu telah mendapat markah yang sama waktu mereka memperolehi ijazah sarjana secara berasingan dahulu dengan mereka masing-masing memperolehi markah sama 3.95 GPA.

Pernah pada semasa pemeriksaan untuk PhD mereka, seorang pensyarah ditugaskan untuk menjaga mereka kerana curiga dengan keputusan mereka.

Mereka sukar dipisahkan dan tidak bosan untuk bersama bila-bila masa kerana sentiasanya mempunyai modal untuk bersembang walaupun telah berkahwin lebih 20 tahun.

“Hinggakan di pejabat rakan sekerja terpaksa memisahkan kami. Kami adalah seperti dua sahabat yang tidak jemu menghabiskan masa bersama,” kata Dr Ismadi.

Tidak seperti pasangan lain mereka jarang bertelingkah. Perkahwinan mereka seperti dirahmati dan dilindungi Allah.

Ismadi seraya berseloroh berkata: “saya pergi kerja naik satu kereta dengan isteri. Di tempat kerja kami menghabiskan masa bersama dan kemudian kami pulang bersama. Kiranya saya ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain, peluang itu tidak ada kerana kami sentiasa bersama.”

Mereka juga tidak menjadikan pengajian mereka sebagai alasan untuk tidak bersama anak-anak. “Kami banyak menghabiskan masa di pejabat tetapi habis waktu kerja anak- anak kami akan datang ke pejabat dan belajar bersama kami,” kata Rosilawati.

Beliau akan memasak di rumah pada hujung minggu dan membawa anak-anak ke pejabat untuk menghabiskan masa.

Beliau berkata suaminya adalah ketua keluarga dan beliau tidak mempunyai masalah menurut kata suaminya kerana menggangap suaminya seorang yang sempurna. “Anak-anak kami juga beranggapan demikian.”

Rosilawati mendapat ijazah sarjananya pada tahun 1992 manakala Ismadi hanya berpeluang untuk mengikuti program sarjana pada tahun 1997. Walau bagaimanapun beliau telah memberi sokongan penuh kepada isterinya dan tidak menganggap itu suatu yang boleh mengancamnya.

Walaupun mempunyai persamaan yang agak ketara mereka amat kompetitif  dalam pengajian. Bagaimana pun persaingan itu tidak pernah menggugat hubungan mereka.

Dr Rosilawati menceritakan rahsia menjadikan perkahwinan bahagia dan bermanfaat. “Sekiranya kami tidak bersetuju terhadap sesuatu, saya tidak akan bertegas dengan pendirian saya. Sebaliknya saya akan mengelakan isu tersebut selama beberapa hari dan kiranya saya betul suami saya akan lambat laun menerimanya walaupun ia mengambil masa,

“Tidak seperti lelaki lain beliau sanggup mengakui kesilapanya apabila dia silap,” kata Dr Rosilawati.

Perwatakan suaminya yang adil dan tidak emosi mungkin disebabkan dididkan dia terima waktu membesar dalam sebuah keluarga tentera di mana ayahnya amat tegas dan berdisiplin.

Beliau menceritakan yang bapanya akan melakukan pemeriksaan secara tiba-tiba di biliknya dan ketika itu beliau adik beradik akan berdiri tegap seperti asykar.

Namun kedua-dua mereka menganggap kejayaan mereka adalah rahmat dari Allah dan bukan hanya kerana usaha gigih.

Mereka berdua bersetuju yang perkahwinan akan lebih bermakna sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai matlamat yang sama, dan memahami suatu sama lain.