Kolej Aminuddin Baki Menjuarai SUKEM 2014

SELASA, 09 DISEMBER 2014 08:52

Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM)
Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

BANGI, 8 Disember 2014 – Kolej Aminuddin Baki (KAB) muncul sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2014 yang telah berakhir awal bulan ini di sini.

KAB berjaya meraih tujuh pingat emas, tiga perak dan 14 gangsa serta menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Naib johan dimenangi oleh Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) yang membawa pulang enam pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa beserta wang tunai sebanyak RM1,500.

Tempat ketiga dimenangi Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),  yang berjaya memungut lima pingat emas, empat pingat perak dan tujuh gangsa serta hadiah wang tunai RM1,000.

Kolej Tun Syed Nasir turut menjuarai pertandingan perbarisan SUKEM 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 manakala naib johan perbarisan dimenangi Kolej Aminuddin Baki yang menerima hadiah wang tunai RM600.

Kontigen Kolej Tun Dr Ismail (TDI) jatuh ke tempat ketiga bagi kejohanan perbarisan SUKEM degan menerima hadiah wang tunai RM400.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datin Dr Noor Aziah binti Mohd Awal. Pengarah Pusat Sukan Dr Tajul Arifin serta pengetua-pengetua kolej kediaman turut hadir pada majlis itu.