UKM Kendali Bengkel Maklumat Sains Geografi

SELASA, 02 DISEMBER 2014 08:07

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto FSSK

BANGI, 1 Disember 2014 – Seramai 29 para akademik dan pelajar pasca siswazah daripada 16 universiti di lima negara selesai menjalani bengkel pembinaan kapasiti seminggu pada Maklumat Sains Geografi (GIScience) yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Salzburg, Austria.

Para peserta dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam yang  diketuai oleh Dr Lam Kuok Choy dari UKM dan Dr Shahnawaz dari Universiti Salzburg mengendalikan projek-projek individu bermula 17 November meliputi beberapa aplikasi pelbagai disiplin bagi  GIScience di Tenggara Asia.

UKM merupakan universiti Malaysia yang tunggal menyertai bengkel tersebut.

Mereka menggunakan perisian ArcGIS Desktop yang terkhusus dan membentangkan keputusan pada sesi penutup di sini baru-baru ini selepas turn ke padang untuk buat penyelidikan.

ArcGIS adalah perisian GIS untuk bekerja dengan peta dan maklumat geografi. Ia digunakan untuk mencipta dan menggunakan peta; menyusun data geografi; menganalisis maklumat dipetakan; berkongsi dan mencari maklumat geografi.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Pengajian Alam Sekitar (PPSPP) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dan Pusat antara disiplin Kecekapan untuk Geoinformatics (Z_GIS) daripada Universiti Salzburg serta institusi rakan kongsi dan komuniti geospatial seluruh dunia.

Ia di biayai bersama oleh ASEA Uninet, Austria dan dilancarkan oleh Ketua PPSPP Prof. Madya Dr. Abdul Hair Awang . Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Mastura Mahmud menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel yang berjaya.

ASEA Uninet adalah Rangkaian Akademik universiti-universiti Eropah dan ASEAN dan ditubuhkan pada tahun 1994 untuk mengukuhkan kerjasama dan penyelidikan bersama dalam bidang Sains, Perubatan, Farmasi, Ekonomi dan Sains Sosial.