University Of Reading Ingin Bantuan UKM Mengenai Kajian Dwi Bahasa

SELASA, 18 FEBRUARI 2014 11:01 ADMINISTRATOR

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 14 Feb 2014 – University of Reading (UoR) di United Kingdom berhasrat  menjalankan penyelidikan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai celik huruf dan keupayaan rakyat Malaysia menguasai dua bahasa, malahan tiga bahasa.

Prof Jeanine Treffers-Daller dan Prof Douglas Saddy dari UoR memberitahu Portal Berita UKM bahawa mereka minat berkerjasama dengan UKM kerana ia mempunyai  pengalaman luas dan maklumat mengenai kajian bahasa dan sains otak.

Bercakap selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UKM di sini hari ini mengenai perkongsian penyelidikan, Prof Treffers-Daller, yang merupakan Pengarah Pusat Literasi dan berbilang bahasa berkata UoR ingin mengetahui bagaimana rakyat Malaysia dengan bahasa ibunda yang berbeza  boleh belajar bertutur bahasa Melayu dan Inggeris yang sangat berbeza asal-usul.

Beliau menjelaskan bahawa di UK tidak ramai – selain dari pendatang – yang bersifat dwibahasa, apatah lagi bercakap tiga bahasa.

“Di UK dan Eropah orang British mendapati sukar untuk belajar bahasa-bahasa Eropah lain yang mempunyai asal-usul sama. Kami ingin tahu mengapa rakyat Britain tidak cenderung untuk menjadi dwibahasa. UKM boleh membantu dalam hal ini,” katanya kepada Berita Portal UKM.

Beliau berkata UoR dan UKM berharap untuk membangunkan ujian untuk bahasa-bahasa yang berbeza dan menggunakannya untuk menilai program-program dalam bahasa.

Ujian tersebut juga mempunyai peringkat klinikal di mana konteks berbilang bahasa dikaji. Dengan bantuan UKM,  beliau mahu mengenalpasti bagaimana rakyat Malaysia boleh belajar Bahasa Melayu di peringkat kanak-kanak serta orang dewasa.

Beliau menambah bahawa penyelidikan bersama akan dilakukan di UK dan Malaysia dan data dibandingkan. Keputusan kemudiannya akan diternitkan.

Prof Treffers-Daller adalah penganjur Kumpulan Perolehan Penyelidikan Bahasa Kedua di Britain dan mengajar Pengajaran Bahasa Kedua dan Pembelajaran. Beliau juga mengukur penguasaan dwibahasa dan pemerolehan bahasa kedua.

Prof Saddy, yang merupakan Pengarah pusat Neurosains Intergrative dan Neurodynamics di UoR, mahu mengkaji bagaimana pembelajaran bahasa oleh rakyat Malaysia memberi kesan kepada otak dan sistem saraf.

Beliau bercadang untuk melakukan penyelidikan mengenai perubahan dalam struktur otak yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa kedua di kalangan rakyat Malaysia dan membandingkannya dengan kajian yang dijalankan di UK dan Eropah.

Beliau berkata mengupas pengiraan bahasa adalah sukar, terutama di kalangan mereka yang boleh bertutur pelbagai bahasa tetapi mempunyai masalah pendengaran.

” UOA mempunyai perisian dan teknik yang boleh kita gunakan dalam penyelidikan tetapi kita juga perlu maklumat daripada UKM mengenai pengajaran bahasa kepada orang-orang yang mempunyai isu-isu auditori, ” jelasnya.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua universiti perlu memperbaharui kaedah untuk mempelajari bidang pelbagai bahasa yang rumit dan kecacatan bahasa dalam pelajar berbilang bahasa.

Prof Saddy telah mengkaji pemprosesan bahasa untuk bahasa-bahasa Eropah seperti Inggeris, Jerman, Denmark, Belanda, Basque dan Sepanyol.

TERAKHIR DIKEMASKINI PADA SELASA, 18 FEBRUARI 2014 11:44