Wanita Luar Bandar Sri Lanka Kurang Minat Menggunakan Internet

RABU, 15 JANUARI 2014 00:00

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan
Video Muslim Yahya & Ruhaizad Abdul Majid

BANGI, 8 Jan 2014 – Ramai wanita luar bandar di Sri Lanka tidak berminat menggunakan internet kerana kurangnya faedah bagi kehidupan seharian mereka.

Seorang pensyarah dari Universiti Colombo, Sri Lanka dan pelajar PhD di Fakulti Sains Social dan Kemanusiaan (FSSK) University Kebangsaan Malaysia (UKM), G.T.I Maduhubhashini berkata pegunaan internet di negaranya amat berkurangan; hanya sekadar 13.1% sahaja rakyatnya menggunakan internet. Dan dari itu sekadar 1.1% sahaja terdiri dari kaum wanita luar bandar.

Beliau berkata wanita bandar di negaranya itu juga kurang menggunakan internet berbanding wanita di negara membangun yang lain. Ini mungkin kerana adanya kekurangan infrastruktur, kemampuan dan kemahiran komputer di Sri Lanka.

Maduhubhashini berkata demikian di syarahannya dalam Siri Wacana Tun Fatimah Hashim 2014, atas topik “Isu-isu Penggunaan Internet Antara Wanita Luar Bandar di Sri Lanka”.

Beliau berkata tempat awam dan kampus universiti secara keseluruhannya juga tidak mempunyai kemudahan internet hingga menyebabkan pelajar dan staf universiti tidak berminat melayari internet.

Dasar kerajaan untuk membangunkan pusat ICT di kawasan kampung dan pendalaman sudah dilakukan tetapi tidak mendapat sambutan dan maklum balas yang negatif dari penduduk luar bandar.

“Kerajaan sudah bangunkan banyak pusat ICT di kawasan kampung dan pendalaman tetapi tiada yang datang untuk menggunakannya. Mereka berpendapat internet tidak boleh membantu kehidupan harian mereka, jadi apa perlunya mereka menggunakannya?” kata Maduhubhashini.

Dalam diskusi berikutnya Direktor Pusat Kempimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Madya Dr Madeline Berma berpendapat kerajaan Sri Lanka perlu memikirkan semula dasar ICTnya.

“Memang terdapat kekurangan infrastruktur dan akses kepada internet tetapi ia sedang diperbaiki dengan penyediaan pusat-pusat ICT. Tetapi apa gunanya semua itu jika kerajaan tidak mengubahsuaikan program ICT itu mengikut kehendak dan keperluan masyarakat luar bandar itu?” kata Dr Madeline.

Beliau mengesyurkan kerajaan Sri Lanka menjalankan program ICT di pusat ICT untuk membantu meningkatkan kerja seharian masyarakat luar bandar.

“Hanya menyediakan pusat ICT dan memasangkan WIFI sahaja tidak akan menggalakkan masyarakat di situ secara tiba-tiba berminat melayari internet. Mereka perlu belajar cara menggunakan komputer, menyesuaikan diri dengan bahasa utama internet – iaitu Bahasa Inggeris – dan yang paling penting pergunaan internet perlu terikat kepada kehidupan seharian mereka. Jika tidak, mereka tidak akan berminat untuk menggunakannya,” kata Dr Madeline.