UKM Berjaya Hasilkan Pakar Multimedia

RABU, 12 MAC 2014 12:59

Oleh Athirah Abdul Aziz (Pelatih UiTM)
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 7 Mac 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan graduan yang berupaya untuk menguasai pasaran kerja dalam bidang multimedia.

Dalam kata-kata aluannya di pelancaran Pertandingan Multimedia Kreatif 2014 di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) hari ini, Timbalan Naib Canselor, Professor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali amat berbangga dengan kejayaan UKM mewujudkan ramai graduan di dalam bidang multimedia kreatif sejajar dengan perkembangan pesat industri multimedia negara sekarang.

Beliau berharap semoga program seperti itu dapat terus dijalankan pada masa hadapan kerana ia boleh memberi pengalaman dan pengetahuan kepada peserta yang mereka tidak akan dapat di dalam bilik kuliah.

Program tersebut yang telah dianjurkan pada masa yang lalu dan telah berjaya memupuk bakat dalam bidang rekaanmultimedia , pencipta interface, pencipta instructional, pengarah seni/kreatif, 2D atau 3D animators, penyunting video, penerbit filem dan sebagainya.

Pertandingan itu dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Haji Ahmad Maslan. Ia dianjurkan oleh pelajar-pelajar FTSM dengan sokongan penuh fakulti

Turut  hadir Ketua Eksekutif Yayasan Amanah Perdana Malaysia, Hajah Noor Baini Haji Masri dan Dekan FTSM Prof Dr Abdullah Mohd Zain.

Perserta pertandingan adalah pelajar-pelajar dari kebanyakan universiti awam termasuk UKM, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Pertandingan Multimedia Kretif berbentuk pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori; Pertandingan Poster dan Pertandingan Animasi 2D.

Pertandingan poster dilaksanakan secara individu dan peserta dikenakan yuran RM50 seorang dan terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara.

Pertandingan animasi 2D pula dilangsungkan secara berpasukan dua atau tiga orang, dengan dikenakan yuran RM100 dan juga terbuka kepada semua pelajar IPT tempatan.

Hadiah pertama merupakan wang RM700; naib johan RM500 dan tempat ketiga RM300.