Pilihanraya Kampus UKM 2014 Berjalan Lancar

RABU, 26 NOVEMBER 2014 00:00

Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM)
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 20 November 2014 – Piliharaya Kampus (PRK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2014/2015 telah berlangsung tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bermula pada 17 Nov hari penamaan calon dan berakhir hari ini dengan pengundian, proses pengundian diadakan secara aman dengan keputusan penuh diumumkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datin Noor Aziah binti Mohd Awal.

Secara keseluruhannya, pihak Pro-Mahasiswa ia itu Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) memenangi 15 kerusi, manakala golongan Pro-Aspirasi menang 14 kerusi manakala satu kerusi dimenangi calon bebas.

Walaupun GMUKM mengekalkan kemenangan namun mereka mengalami kemerosotan bilangan kerusi berikutan hanya menang 15 kerusi berbanding 22 kerusi pada tahun lepas.

Jumlah pelajar yang keluar mengundi kali ini adalah sebanyak 75.24 peratus.

Tiga orang calon yang mewakili Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian telah menang tanpa ditentang.