| |

Projek Penyelidikan WaRiSAN Melayu: Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Era Kecerdasan Buatan (AI)

Pencapaian dan Pelaburan Masa Hadapan

Proses transformasi digital ini memerlukan sokongan infrastruktur yang mantap di mana Perpustakaan turut mendapat faedah daripada fasa pertama projek ini. Pelaburan ini merangkumi perolehan perkakasan dan perisian pendigitalan yang moden seperti mesin pengimbas bahan mikro, mesin pengimbas bahan bercetak, pencetak serta komputer desktop untuk kegunaan pembantu penyelidik (RA).

Selain itu, Perpustakaan UKM juga melanggan pelbagai perisian AI seperti ChatGPT Business, CapCut Pro, TurboScribe, dan Abby FineReader untuk meningkatkan produktiviti bagi kerja-kerja pemprosesan data. Beberapa dokumen penting telah dibangunkan iaitu Garis Panduan Pengurusan Koleksi LLM Bahasa Melayu; Manual operasi mesin pengimbas bahan mikro; video panduan penggunaan dan Garis Panduan Penggunaan Aplikasi AI.

Harapan dan Kesimpulan

Laluan menuju kecemerlangan digital ini tidak sunyi daripada cabaran. Pasukan penyelidik turut berhadapan dengan isu seperti kesukaran mendapat bahan bahasa Melayu yang berkualiti, fail teks penuh yang lama, kualiti imej pada mikrofilem akhbar yang rendah dan kekangan dalam menentukan status hak cipta akses terbuka bagi bahan-bahan tertentu.

Projek WaRiSAN Melayu bukan sekadar projek penyelidikan, ia adalah satu pelaburan untuk masa depan identiti bangsa di ruang siber. Dengan adanya model AI yang mahir dalam Bahasa Melayu, kita mampu membina aplikasi “Perpustakaan Pintar” yang lebih responsif dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat.

Mengakhiri fasa pertama ini, Majlis Pra Pelancaran Projek WaRiSAN Melayu dan Tandatangan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dengan DBP pada 18 Disember 2025 telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Professor Dr. Azlinda Azman selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi di Hotel Le Méridien, Putrajaya. Ini menandakan bermulanya era baharu di mana Bahasa Melayu bukan sahaja gah di alam nyata, malah menjadi tunjang utama dalam evolusi kecerdasan buatan di peringkat kebangsaan dan serantau.

Akhir kata, Jawatankuasa Projek Penyelidikan WaRiSAN Melayu Perpustakaan UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dan pembantu penyelidik yang telah menunjukkan dedikasi luar biasa dalam memastikan kejayaan fasa awal projek ini. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha murni ini demi memastikan Bahasa Melayu terus relevan dan berdaulat dalam mendepani cabaran teknologi masa hadapan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *