| |

Menyemarakkan Budaya Ilmu: Sorotan Wacana Intelek Telaah @UKM 2025

Oleh : Norliah Sukarno 

Siri program Telaah @UKM merupakan satu inisiatif strategik wacana intelektual yang dirangka sebagai platform perkongsian ilmu yang holistik dan inklusif. Program ini dijayakan melalui kolaborasi erat antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelbagai fakulti, serta pusat kecemerlangan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai sebuah gedung ilmu, UKM komited menterjemahkan hasil penyelidikan dan wacana akademik kepada bentuk pengetahuan yang boleh diakses oleh seluruh lapisan masyarakat, sekali gus merapatkan jurang antara menara gading dengan komuniti. Di samping memupuk budaya membaca dan percambahan minda warga kampus, inisiatif ini turut direka bentuk untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

Sebagai nadi ilmu universiti, perpustakaan memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda wacana ini. Pada 29 Ogos 2025, Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Telaah KPT & UKM yang mengupas karya “Sungai Mengalir Lesu” dengan menampilkan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh sebagai panel utama. Kehadiran pengarangnya, SN Datuk A. Samad Said menjadikan penganjuran kali ini lebih bermakna.  Penganjuran di PTSL ini membuktikan bahawa perpustakaan sentiasa relevan—bukan sekadar sebagai gedung buku, malah sebagai ruang fizikal yang dinamik untuk perbincangan kritis masyarakat ilmiah. 

Selain penganjuran di perpustakaan, siri keilmuan Telaah @UKM ini turut menyantuni warga universiti melalui penjelajahan ke pelbagai ruang tumpuan pelajar dan dewan akademik. Antara siri yang telah dianjurkan ialah : 

Telaah UKM Siri 1: “Dari Lembah Cita-cita Pedoman Perjuangan Anak Muda” (22 Oktober 2025) – Berlangsung di Pusanika UKM, siri ini dekat di hati para mahasiswa dalam menelusuri hala tuju dan jati diri orang muda.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *