| |

Karnival 55 Tahun Perpustakaan UKM

Oleh: Rusiah Husin & Asmany Aza Ahmad

Sempena sambutan Jubli Zamrud, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Karnival 55 Tahun Perpustakaan UKM yang berlangsung dengan meriah di Pusanika UKM pada 22 -23 Oktober 2025. Program ini merupakan inisiatif di bawah Jawatankuasa Karnival 55 Tahun Perpustakaan UKM dengan kerjasama QIT Perkhidmatan Perpustakaan UKM.

Objektif Program:

Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat seperti berikut:

  • Membudayakan sikap menghargai pelanggan bagi menjalin hubungan erat antara warga perpustakaan dan pelanggan.
  • Memupuk rasa cinta pelanggan terhadap perkhidmatan perpustakaan.
  • Membudayakan pencarian ilmu melalui penggunaan perpustakaan secara efektif.
  • Mempromosikan koleksi, perkhidmatan, dan kemudahan perpustakaan.

Pengisian Program:

Sepanjang dua hari program berlangsung, pelbagai pengisian aktiviti menarik telah disusun. Bagi menarik minat pelanggan untuk berkunjung ke karnival ini, pelbagai aktiviti interaktif telah disediakan seperti permainan Kirable, permainan dalam talian, Jejak Info 55 Tahun, Roda Impian, dan sesi cabutan bertuah.

Peserta pertandingan Jejak Info 55 Tahun

Selain reruai Perkhidmatan dan Jualan Buku Hadiah oleh pihak Perpustakaan UKM sendiri, program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pembukaan kaunter oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dan H-Care. Pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung, turut disediakan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UKM dan Klinik Kesihatan Bangi.

Hari Pertama:

Sesi diskusi intelek melalui slot Sesi Sembang Kopi bersama Ketua Pustakawan dan Wakil Pelajar, Bicara Ilmu@PTSL. Selain itu, slot Telaah UKM Siri I membincangkan topik “Gen-Z Nak Ke Mana” melalui diskusi buku Dari Lembah Cita-Cita: Pedoman Pejuang Anak Muda oleh HAMKA, diikuti dengan Telaah UKM Siri 2 dengan buku bertajuk Tentang Remaja, suntingan oleh Nasrudin Subhi, Syafiqah Ali & Azrina Megat Mustaffa.

Sesi Sembang Kopi bersama Ketua Pustakawan dan Wakil Pelajar, Bicara Ilmu@PTSL

Hari Kedua:

Program memfokuskan kepada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup, bermula dengan Bicara Kesihatan bertajuk Makan Ikut Nafsu atau Ikut Ilmu?, disampaikan oleh wakil Klinik Kesihatan Bangi. Sesi diteruskan dengan ceramah Kurus Tanpa Sengaja yang disampaikan oleh wakil Pusat Kesihatan UKM (PKU).

Statistik Penyertaan:

Usaha Penjanaan Kewangan:

Karnival ini turut melibatkan penyertaan pelbagai pihak dan industri luar sebagai usaha penjanaan kewangan kepada universiti. Antara pihak luar yang terlibat dalam membuka reruai jualan produk dan perkhidmatan termasuklah daripada Syarikat Jejak Tarbiah, Karangkraf, Penerbit UKM, Koperasi UNIKEB, Dreamy Dulce, Burn Cafe, Tupperware, Galeri Bantal Empuk, Jejari Seni (Public Gold) dan syarikat pangkalan data e-Law.

Penghargaan:

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang menyokong kejayaan program ini, antaranya Tridimas, Wiserf, Ateraxis, EBSCO, Elsevier, Emerald Publishing, Access Dunia, Clarivate, Wira Silver serta penyumbang peribadi yang lain.

Siaran Serupa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *