Centre for Academic Management Cluster 2

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tawaran Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 2 2020/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 2 2020/2021 kepada pelajar Sarjana (mod penyelidikan) dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa.

Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan iaitu seperti berikut:

  1.  Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran A
  2. Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran B
  3. Borang Permohonan Baharu – Lampiran C
  4. Borang Permohonan Pelanjutan/Laporan Prestasi – Lampiran D

Pemohon juga perlu merujuk kepada Tatacara Perkongsian Folder Google Drive (Lampiran E) untuk membantu melengkapkan keperluan dokumen di dalam borang permohonan baharu atau pelanjutan.

Borang yang lengkap perlu dihantar melalui emel ke alamat awardsandscholarship@ukm.edu.my sebelum 3 Mac 2021 pada pukul 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my.

Untuk hebahan Skim Zamalah Penyelidikan Semester 2 2020/2021 dalam versi Bahasa Inggeris, sila klik SINI