FUN CHEM UKM

Kem Sains UKM merupakan program tahunan pada cuti sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi. Kem Sains UKM diadakan untuk mempromosikan sains kepada pelajar sekolah menengah dengan menjalankan aktiviti sains yang komperehensif secara tidak formal dan mendedahkan para pelajar tentang dunia sains dalam kehidupan seharian. Program ini ditawarkan kepada pelajar sekolah berumur 13-15 tahun (kategori senior) dan 8-12 tahun (kategori junior). Kem Sains UKM memperkenalkan modul dalam Bahasa Melayu sejajar dengan matlamat UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Penyertaan pelajar ialah seperti berikut:

Tahun

Jumlah (orang)

2013

88

2014

120

2015

177 ( 100 junior, 77 senior)

2016

90 (senior)

2017

100 (target)

 

Objektif aktiviti lanjutan yang dicadangkan menggunakan geran ini ialah:

  1. Validasi modul baru yang mempunyai kaitan dengan silibus pembelajaran di sekolah tetapi dengan menjalankan beberapa eksperimen yang menarik terdiri daripada: a) Pengekstrakan pewarna b) D.I.Y. VCO
  2. C) My-lotion dan my-sabun
  3. Menjalankan kajian impak dengan menggunakan pelajar sekolah Menengah Jalan Empat Bandar Baru Bangi sebagai koresponden (Keseluruhan 3 Fasa)

Penambahbaikan modul selepas setiap fasa dan penghasilan leaflet/buku kecil.