KERJAYA STEM

Minat kerjaya dalam bidang STEM dapat dikenalpasti di awal peringkat pengajian di Sekolah Menengah pada seawal tingkatan satu. Minat kerjaya STEM dapat diteguhkan selepas seseorang telah membuat keputusan aliran bidang pengajian sains iaitu selepas peperiksaan PT3. Kajian ini bertujuan untuk membina  modul latihan untuk guru terhadap pemupukan minat kerjaya murid dalam bidang STEM dan  mengukur kesan modul terhadap pemupukan minat kerjaya murid dalam bidang STEM. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan modul yang mempunyai tiga fasa iaitu; (i) fasa analisis keperluan; (ii) fasa reka bantuk pembangunan; dan (iii) fasa penilaian modul. Kajian ini adalah lanjutan terhadap kajian lepas yang berfokus terhadap membina modul yang akan digunakan oleh guru-guru matematik dan sains dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Modul yang akan digunakan oleh guru-guru mata pelajaran sains dan matematik bagi meneguhkan minat kerjaya murid dalam aliran sains dan meningkatkan keupayaan membuat keputusan.