PEMUMPUKAN KREATIF

Pendidikan prasekolah adalah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak dan merupakan aspek terpenting dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak di awal persekolahan. Penekanan terhadap pembelajaran asas dalam kalangan kanak-kanak adalah merupakan pemangkin utama bagi pembangunan modal insan kerana sikap dan kemahiran kanak-kanak masih berada pada proses perkembangan (KSPK, 2009). Bagi mencapai hasrat ini, Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  bertujuan membangunkan serta mengupayakan potensi dan kreativiti kanak- kanak. Kajian- kajian lepas memberi tumpuan kepada pembangunan modul yang melibatkan kemahiran proses sains asas (Norazizah et al. 2018) serta minat dan cara berfikir yang positif (Mazlini et al. 2016). Walau bagaimanapun kajian lepas kurang memberi penekanan kepada modul STEM yang menerapkan elemen kreativiti dalam mempelajari STEM. Kajian ini  bertujuan untuk membangunkan dan melaksanakan modul pemupukan kreativiti STEM murid prasekolah.