INFRASTRUKTUR BANDAR

Kejuruteraan Alam Sekitar
Dalam sub unit ini, anda akan belajar tentang krisis air sedunia dan kepentingan air bersih dan mempelajari tentang proses pemantauan kualiti air oleh jurutera alam sekitar. Anda juga diberi peranan sebagai jurutera untuk membekalkan air minuman ke sebuah kampung di luar bandar. Anda perlu (i) mengawal dan menganggar kos bahan-bahan dengan teliti sepanjang proses, (ii) mengira kuasa dan kecekapan kos bagi prototaip yang dibina. Selain itu, anda juga akan mengetahui jumlah air yang digunakan setiap hari, belajar tentang rawatan air sisa dan sistem pelimbah (grey water), membina kincir air dan mengira kuasa yang dihasilkan oleh kincir air tersebut.
Aktiviti 1: Air dan Kehidupan
Aktiviti 2: Kesedaran terhadap kepentingan sungai
Aktiviti 3: Pam Air
Aktiviti 4: Kitar semula dan rawatan air
Aktiviti 5: Kuasa, kerja dan kincir air

Tanah dan Pembangunan
Anda akan belajar tentang satu kaedah yang digunakan dalam penilaian tapak sekitaran dan memahami kepentingan untuk memahami komponen tanah sebelum membina sesuatu struktur. Anda juga akan mempelajari konsep tegasan sentuh dan aplikasinya dalam kejuruteraan.
Aktiviti 1: Persampelan teras tanah
Aktiviti 2: Kejuruteraan tanah
Aktiviti 3: Tegasan sentuh

Pembinaan ke Arah Masa Depan
Anda akan membina menara dengan menggunakan beberapa teknik yang telah dipelajari mengenai kejuruteraan struktur. Anda juga dikehendaki untuk mereka bentuk dan membina menara yang paling tinggi dan stabil, serta mampu menahan daya/beban angin lateral dengan menggunakan surat khabar. Dalam aktiviti ini akan belajar bahawa frekuensi semula jadi sesuatu sistem bergantung kepada dua faktor iaitu kekakuan dan jisim sistem.
Aktiviti 1: Menara balsa
Aktiviti 2: Menara surat khabar
Aktiviti 3: Bangunan dan frekuensi semula jadi

Kitar Semula dan Pengurusan Sisa
Dalam sub unit ini anda perlu mereka bentuk model tapak pelupusan sampah yang mampu menampung jumlah sampah yang besar, mempunyai kos pembinaan yang minimum dan tidak mudah bocor bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar. Dalam aktiviti ini, cabaran yang dihadapi oleh jurutera alam sekitar adalah semasa mencantumkan liner untuk membina tapak pelupusan sampah sebenar yang seluas beberapa ekar.
Aktiviti 1: Mereka bentuk tapak pelupusan sampah
Aktiviti 2: Menilai keberkesanan model pelapik tapak pelupusan sampah

Bencana Alam
Dalam sub unit ini, nda perlu membina bandar yang dibina kemudiannya disimulasikan dengan bencana gempa bumi bagi menentukan struktur kiub (bangunan) yang paling tahan terhadap gegaran gempa. Dalam aktiviti berikutnya, anda perlu membuat ramalan, pemerhatian dan kesimpulan tentang kestabilan bangunan di pesisir sungai dan mengesyorkan bagaimana untuk mengurangkan kemusnahan bangunan akibat hakisan sungai.
Aktiviti 1: Pembinaan bandar gempa bumi
Aktiviti 2: Hakisan sungai? Sedarkan saya!