PENGANGKUTAN

Pengenalan Pengangkutan Pintar
Peserta diperkenalkan kepada elemen pengangkutan pintar berserta perkaitan antara pengangkutan dan pembandaran. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti : Sistem Pengangkutan di Bandar

Kelestarian Sistem Pengangkutan Bandar
Peserta diberi pendedahan kepada konsep kelestarian alam diterapkan dalam pengangkutan pintar. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti : Perbincangan Perancangan Sistem Pengangkutan

Trafik Dan Kejuruteraan Pengangkutan
Peserta diberi pendedahan kepada kejuruteraan trafik dan pengangkutan. Peserta juga dapat megenal pasti berapa jarak selamat berhenti sesebuah kenderaan tersebut jika ingin mengelakkan sebarang pelanggaran berlaku. Peserta juga diperkenalkan kepada operasi mikropengawal dan komponen elektronik.  Antara aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Mengira Jarak Berhenti
Aktiviti 2: Membina Litar Trafik
A. Membuat litar trafik
B.Pengaturcaraan trafik

Lebuh Raya Untuk Pengangkutan Pintar
Peserta diperkenalkan kepada aspek teknikal dalam perancangan pengangkutan. Penggunaan kos dan jenis bahan dalam pembinaan jaringan pengangkutan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah bandar. Antara aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Konkrit vs Asfalt
Aktiviti 2: Merancang Pembinaan Bandar

Pengangkutan Pintar
Peserta akan diberikan pendedahan kepada pembinaan model prototaip pengangkutan pintar yang mempunyai elemen pintar. Peserta akan diperkenalkan kepada dua jenis sensor yang sering digunakan dalam memudahkan segala urusan masa kini. Antara aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Mereka Bentuk Kereta Masa Hadapan
Aktiviti 2: Membina Sebuah Kereta Pintar
A.Membuat litar
B.Pemasangan mekanikal
C.Pengaturcaraan kereta pintar