Latar Belakang Penubuhan

Pusat Strategi UKM ( Strategi UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat. Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai TEKAD 18.

Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun 2019, Pelan Strategik UKM 2014 2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah disemak semula . Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti , iaitu Pelan Strategik UKM 2019 2021 telah dibangunkan.

Dengan perlantikan YBhg . Prof. Dato’ Gs. Ts . Dr. Mohd Ekhwan Hj . Toriman sebagai Naib Canselor , Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1hb Januari 2021, UKM terus diperkasakan dan dimantapkan dengan lima nilai TERAS dan lima Kebitaraannya. Ia telah dilancarkan oleh Naib Canselor pada 10hb Jun 2021 yang menjadi asas kepada Pelan Strategik TERAS UKM 2021 2025.