Anugerah Kecemerlangan Inovasi Kejuruteraan 2023

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf organisasi tempatan yang telah menyumbang kepada kemajuan kejuruteraan di Malaysia melalui produk/penyelesaian teknologi yang inovatif dan baharu dalam bidang kejuruteraan.

Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan 2023

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf jurutera muda tempatan terkemuka yang berintegriti tinggi, menunjukkan kepimpinan yang luar biasa dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan bidang kejuruteraan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Universiti Kebangsaan Malaysia telah memajukan pencalonan:

  • Prof. Madya Ir. Dr. Hassimi Abu Hasan untuk Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan BEM 2023
  • Prof. Ir. Dr. Norhana Arsad untuk Anugerah Kecemerlangan Inovasi Kejuruteraan 2023

Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua calon.