Program Pendidikan Mod Cuti Sekolah

Sarjana Pendidikan

Pengenalan

Program Sarjana Pendidikan UKM (Mod Cuti Sekolah) adalah program Fakulti Pendidikan UKM yang ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMSHAPE).

Program ini direka bagi menyediakan graduan dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional keguruan. Penyampaian program turut dirangka secara sistematik bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan berkualiti agar seiring dengan permintaan pasaran.

Nota: Untuk makluman, permohonan bagi Program Sarjana Pendidikan (Mod Cuti Sekolah) UKM hanya dibuka sekali setahun, iaitu bagi ambilan bulan Mac sahaja.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Mulakan langkah anda bersama kami sekarang.

Pengenalan Program

Pengambilan

Mac

Tempoh

4 Semester

Kampus

UKM Bangi

Yuran

RM17,000

Objektif Program
Program yang Ditawarkan
Syarat Kemasukan
Struktur

Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

    • 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)
    • 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)
    • 2 Kursus Pilihan (6 unit)

Projek Penyelidikan

    • Kertas Projek I (3 Unit)
    • Kertas Projek II (3 Unit)
Penawaran Kursus

Senarai Penawaran Kursus boleh dirujuk dalam BUKU PANDUAN SISWAZAH:

Kalendar Akademik
Panduan Semakan Status Akreditasi

1. Layari laman web rasmi Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) melalui pautan berikut: https://www2.mqa.gov.my/mqr/

    1. “Skrol kebawah” ke bahagian carian.
      1. Masukkan kod MQA seperti yang disenaraikan
      2. Kemudian, klik butang “Mula Carian”.

Nota:
Berikut ialah senarai Program Sarjana Pendidikan (Mod Cuti Sekolah) berserta kod akreditasi MQA untuk tujuan semakan.

Bil.Program Sarjana PendidikanKod Akreditasi MQA
1.Kurikulum dan PedagogiMQA/SWA0540
2.Pendidikan Bahasa ArabMQA/SWA0541
3.Pendidikan Bahasa MelayuMQA/SWA0542
4.Sarjana Pendidikan dalam Pembangunan EkonomiMQA/SWA0543
5.Pendidikan IslamMQA/SWA0544
6.Pendidikan Khas dan InklusifMQA/SWA0545
7.Pendidikan KomputerMQA/SWA0546
8.Pendidikan MatematikMQA/SWA0547
9.Pendidikan Perniagaan dan KeusahawananMQA/SWA0548
10.Pendidikan Awal Kanak-KanakMQA/SWA0549
11.Pendidikan SejarahMQA/SWA0552
12.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa KeduaMQA/SWA0553
13.Pengajian SukanMQA/SWA0555
14.Pengurusan PendidikanMQA/SWA0556
15.Psikologi PendidikanMQA/SWA0557
16.Teknologi PendidikanMQA/SWA0558
17.Sosiologi PendidikanMQA/SWA0560
    1. Hasil carian akan dipaparkan seperti berikut.
    1. Klik “Papar” untuk melihat maklumat lengkap berkaitan akreditasi program.

Contoh paparan maklumat akreditasi adalah seperti berikut.

Hubungi

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan Program Sarjana Pendidikan UKMShape boleh dibuat melalui saluran berikut, mengikut kategori pertanyaan atau situasi yang dihadapi.

Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat program di laman web berikut sebelum mengemukakan pertanyaan lanjut: https://www.ukm.my/studyukm/pendidikan/

1. Pertanyaan Umum dan Promosi Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi pertanyaan umum berkaitan Program Sarjana Pendidikan UKMShape, maklumat promosi, atau panduan awal sebelum membuat permohonan, sila hubungi:

2. Permohonan Dalam Talian dan Sistem Join UKM

Bagi urusan berkaitan permohonan kemasukan melalui Sistem Join UKM, pendaftaran dalam talian, muat naik dokumen, atau masalah teknikal berkaitan permohonan, sila hubungi:

Nota: Permohonan kemasukan ke UKMShape hendaklah dibuat melalui Portal Join UKM. Bayaran pemprosesan permohonan adalah tidak boleh dikembalikan, iaitu sebanyak RM50 bagi pemohon tempatan dan RM100 bagi pemohon antarabangsa.

3. Pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan rasmi berkaitan pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan UKMShape, sila hubungi:

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar sebagai pelajar Sarjana Pendidikan, sebarang pertanyaan berkaitan program akademik boleh diajukan kepada sekretariat ini. Ini termasuk urusan kalendar akademik, jadual dan lokasi kelas, pencapaian gred atau pointer pelajar, penangguhan pengajian, tenaga pengajar, cop pengesahan dokumen pelajar, praktikum, serta urusan surat-menyurat berkaitan program.

4. Pembayaran Yuran Pembelajaran Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan semakan yuran, kaedah pembayaran yuran pembelajaran, atau perkara berkaitan kewangan pelajar, sila hubungi:

Nota: Sekiranya pelajar ingin membuat pembayaran yuran pengajian menggunakan KWSP, pelajar perlu memastikan bayaran pendaftaran Semester 1 telah diselesaikan terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan yuran pengajian melalui KWSP, sila rujuk Portal Rasmi KWSP.

5. Kad Pelajar Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan Kad Pelajar UKM, yang juga dikenali sebagai Kad MySiswa atau Kad Prihatin Siswa, pelajar UKMShape / ODL boleh menghubungi:

Nota: Urusan ini termasuk pertanyaan berkaitan penghantaran melalui pos atau pengambilan kad secara fizikal.

6. Penginapan di UKM

Bagi urusan berkaitan penginapan pelajar di dalam kampus UKM, sila hubungi:

7. Konvokesyen, Skrol Ijazah dan Transkrip Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Bagi urusan berkaitan konvokesyen, skrol ijazah dan transkrip Program Sarjana Pendidikan UKMShape, sila hubungi:

Soalan Lazim (FAQ)

Program Sarjana Pendidikan merupakan program pengajian pascasiswazah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi Sarjana Pendidikan Mod Cuti Sekolah, program ini ditawarkan melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape). Pelaksanaan pengajian disusun mengikut mod dan kalendar akademik program yang berkenaan.

Secara umum, terdapat tiga kategori program yang dirujuk dalam FAQ ini:

    1. Sarjana Pendidikan Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) –  Pengajian disusun dengan mengambil kira tempoh cuti persekolahan dan sesuai terutamanya kepada pendidik serta pegawai pendidikan yang ingin melanjutkan pengajian tanpa meninggalkan kerjaya.
    2. Sarjana Pendidikan Eksekutif Tempatan (Mod Hujung Minggu) – Program untuk calon tempatan dengan sesi pengajian yang dilaksanakan mengikut jadual hujung
      minggu yang ditetapkan bagi program berkenaan.
    3. Sarjana Pendidikan Eksekutif Antarabangsa (Mod Kerja Kursus) – Program yang melibatkan calon antarabangsa dengan pengajian berdasarkan struktur kerja kursus dan kalendar akademik yang ditetapkan bagi program antarabangsa.

UKMShape menerbitkan kalendar dan tarikh penting yang berasingan bagi program Fakulti Pendidikan termasuk Mod Cuti Sekolah dan Sarjana Pendidikan Kerja Kursus – Antarabangsa. yang berkenaan.

Perbezaan utama adalah dari segi kategori calon, mod pelaksanaan dan jadual pengajian.

    • Mod Cuti Sekolah – pengajian disusun berdasarkan kalendar program Mod Cuti Sekolah.
    • Tempatan (Mod Hujung Minggu) – pengajian dilaksanakan berdasarkan jadual hujung minggu bagi program tempatan yang ditawarkan.
    • Antarabangsa (Mod Kerja Kursus) – ditawarkan kepada calon antarabangsa berdasarkan struktur dan kalendar Program Sarjana Pendidikan Kerja Kursus – Antarabangsa.

Jadual sebenar bagi setiap semester hendaklah dirujuk melalui hebahan rasmi UKM/UKMShape kerana tarikh boleh berbeza mengikut program, semester dan sesi akademik.

Pemilihan program hendaklah dibuat berdasarkan status calon, kewarganegaraan, bidang pengkhususan yang ingin diikuti serta kesesuaian jadual pengajian.

Calon yang sedang bekerja sebagai pendidik dan perlu menyesuaikan pengajian dengan kalendar persekolahan boleh mempertimbangkan Mod Cuti Sekolah, manakala calon tempatan yang lebih sesuai menghadiri kuliah pada hujung minggu boleh menyemak program Mod Hujung Minggu yang ditawarkan.

Calon antarabangsa pula perlu menyemak penawaran Sarjana Pendidikan Eksekutif Antarabangsa (Mod Kerja Kursus) serta syarat yang ditetapkan bagi calon antarabangsa.

Tidak semestinya. Penawaran bidang pengkhususan boleh berbeza mengikut mod, sesi pengambilan dan keputusan semasa Fakulti Pendidikan UKM.

Calon disarankan menyemak senarai program dan pengkhususan yang dibuka bagi sesi pengambilan masing-masing melalui hebahan rasmi UKM/UKMShape sebelum mengemukakan permohonan.

Syarat kemasukan adalah berdasarkan ketetapan Fakulti Pendidikan UKM dan masih dirujuk berdasarkan syarat yang dinyatakan dalam Buku Panduan Siswazah Fakulti Pendidikan.

Buku Panduan Siswazah boleh dirujuk melalui: Borang & Buku Panduan – Fakulti Pendidikan UKM

Laman Fakulti Pendidikan menyediakan bahagian khusus Siswazah – Buku Panduan sebagai rujukan pelajar dan calon. 

Calon hendaklah memenuhi semua syarat kemasukan dan keperluan bahasa yang ditetapkan oleh UKM dan Fakulti Pendidikan mengikut kategori permohonan masing-masing.

Keperluan bagi calon tempatan dan antarabangsa mungkin berbeza. Oleh itu, calon disarankanmerujuk Buku Panduan Siswazah Fakulti Pendidikan serta syarat kemasukan semasa sebelum mengemukakan permohonan.

Tempoh pengajian hendaklah dirujuk berdasarkan Buku Panduan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM dan tawaran program semasa kerana tempoh boleh berbeza mengikut bentuk pendaftaran dan mod pengajian.

Rujukan: Borang & Buku Panduan – Fakulti Pendidikan UKM

Bentuk pendaftaran bergantung kepada mod program yang dipohon. Laman rasmi yuran UKMShape membezakan bentuk pendaftaran bagi Fakulti Pendidikan berdasarkan kategori pengajian, termasuk UKM Internasional (UKMi) dan Pendidikan Fleksibel (FlexEd).

Calon hendaklah merujuk surat tawaran dan maklumat program bagi memastikan bentuk pendaftaran yang terpakai kepada program masing-masing.

Kaedah pelaksanaan bergantung kepada program dan mod yang dipilih.

Bagi Mod Cuti Sekolah, kuliah disusun berdasarkan kalendar khas program. Bagi Mod Hujung Minggu, jadual pengajian ditetapkan berdasarkan jadual program hujung minggu. Bagi Program Antarabangsa Mod Kerja Kursus, pelaksanaan adalah berdasarkan struktur kerja kursus dan kalendar yang ditentukan oleh pihak Fakulti/UKMShape.

Sebarang perubahan kaedah penyampaian akan dimaklumkan kepada pelajar melalui saluran rasmi program.

Tarikh kuliah, pendaftaran, peperiksaan, cuti dan aktiviti akademik adalah berdasarkan Kalendar Akademik UKMShape/Fakulti Pendidikan bagi sesi berkenaan.

Calon dan pelajar hendaklah merujuk kalendar yang terkini kerana jadual boleh berubah daripada satu sesi akademik kepada sesi yang lain.

Kalendar akademik boleh dirujuk melalui: Pautan Sarjana Pendidikan – Kalendar Akademik

Laman tersebut mempunyai bahagian khusus Fakulti Pendidikan dan menerbitkan kalendar terkini bagi Program Pascasiswazah Mod Cuti Sekolah serta program Sarjana Pendidikan berkaitan.

Langkah carian:
Kalendar Akademik > Fakulti Pendidikan Mod Cuti Sekolah > Kalendar Akademik 2026/2027

Lokasi pengajian adalah tertakluk kepada mod dan jadual program. Bagi Program Sarjana Pendidikan Mod Cuti Sekolah, maklumat program semasa menyatakan Kampus UKM Bangi sebagai kampus pengajian.

Sebarang perubahan lokasi atau kaedah pelaksanaan kelas akan dimaklumkan melalui jadual atau hebahan rasmi kepada pelajar.

Tarikh pengambilan boleh berbeza mengikut jenis program dan sesi akademik.

Calon hendaklah merujuk hebahan permohonan semasa dan Kalendar Akademik UKMShape bagi memastikan tarikh pembukaan permohonan, tarikh tutup permohonan dan tarikh pendaftaran bagi program yang ingin dipohon.

Permohonan kemasukan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Portal JOIN UKM, tertakluk kepada sesi pengambilan yang sedang dibuka.

Laman rasmi Program Sarjana Pendidikan turut mengarahkan permohonan kemasukan dibuat melalui Portal JOIN UKM.

Dokumen yang diperlukan hendaklah disediakan berdasarkan senarai semak dalam Portal JOIN UKM, syarat kemasukan dan keperluan Fakulti Pendidikan.

Calon disarankan memastikan semua dokumen akademik dan dokumen sokongan yang diminta adalah lengkap sebelum permohonan dihantar.

Keperluan dokumen bagi calon tempatan dan antarabangsa mungkin berbeza.

Kadar yuran bergantung kepada program, mod pengajian, bentuk pendaftaran dan kategori calon.

Bagi memastikan calon memperoleh kadar yang paling terkini, sila rujuk: Yuran Pengajian UKMShape

Laman rasmi UKMShape menyediakan struktur yuran mengikut fakulti, mod pengajian dan kategori warganegara/bukan warganegara.

Tidak semestinya.

Kadar yuran boleh berbeza berdasarkan:

  • mod pengajian;
  • bentuk pendaftaran;
  • program yang ditawarkan; dan
  • status warganegara atau bukan warganegara.

Oleh itu, calon hendaklah menyemak kadar semasa di laman Yuran Pengajian UKMShape sebelum membuat keputusan atau pembayaran.

Tatacara dan peraturan berkaitan pembayaran yuran boleh dirujuk melalui: Kewangan UKMShape

Peraturan Am Kewangan UKMShape merupakan rujukan rasmi berhubung yuran pengajian, pilihan pembayaran, tajaan, pinjaman pendidikan, KWSP serta perkara berkaitan kewangan pelajar.

Tertakluk kepada Peraturan Am Kewangan UKMShape yang sedang berkuat kuasa, UKMShape menyediakan pilihan pembayaran yuran mengikut semester.

Peraturan yang diterbitkan ketika ini menyediakan pilihan sama ada membuat pembayaran penuh bagi semester atau pembayaran secara berperingkat mengikut pecahan 40%, 30% dan 30%, tertakluk kepada syarat dan tempoh pembayaran yang ditetapkan. Calon/pelajar hendaklah menyemak peraturan terkini sebelum membuat bayaran kerana kaedah ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

Tertakluk kepada kelayakan dan peraturan semasa, pelajar boleh mendapatkan pembiayaan melalui tajaan atau pinjaman pendidikan. Peraturan Kewangan UKMShape juga menyediakan tatacara berkaitan pembayaran melalui pengeluaran KWSP

Pelajar yang menerima tajaan atau pinjaman hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan kepada UKMShape mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sebarang pemulangan yuran adalah tertakluk kepada Peraturan Am Kewangan UKMShape yang sedang berkuat kuasa, termasuk tarikh permohonan menarik diri atau menangguhkan pengajian.

Kadar bayaran balik adalah berbeza berdasarkan tempoh permohonan dibuat. Oleh itu, pelajar hendaklah merujuk peraturan kewangan terkini dan mendapatkan pengesahan UKMShape sebelum membuat keputusan berkaitan penarikan diri atau penangguhan.

Struktur Program Sarjana Pendidikan sedang dalam proses penambahbaikan oleh pihak Fakulti Pendidikan UKM.

Oleh itu, calon dinasihatkan supaya merujuk struktur program yang telah disahkan dan dikemas kini oleh Fakulti Pendidikan bagi sesi pengambilan masing-masing.

Maklumat berhubung kursus, kursus teras, kursus pengkhususan, kursus pilihan dan komponen penyelidikan hendaklah berdasarkan struktur terkini yang diluluskan.

Permohonan berkaitan penangguhan pengajian atau pertukaran bentuk pendaftaran, program atau mod perlu dibuat melalui prosedur akademik yang ditetapkan dan tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan pihak berkaitan.

Bagi calon yang telah mendaftar sebagai pelajar dan mempunyai pertanyaan berkaitan pelaksanaan atau urusan program, sila hubungi:

Sekretariat Sarjana Pendidikan UKMShape
E-mel: spend@ukm.edu.my
Telefon: 03-8927 2113

Saluran ini adalah untuk membantu urusan pelajar Sarjana Pendidikan yang telah berdaftar. Maklumat hubungan sekretariat tersebut turut diterbitkan pada laman rasmi Program Sarjana Pendidikan UKMShape

Penyelaras: Dr. Mohammad Hafiz bin Zaini

E-mel: mhz@ukm.edu.my
Telefon: 03-8921 6053

Penyelaras boleh dirujuk bagi perkara akademik atau perkara berkaitan program yang memerlukan penjelasan dan pengesahan daripada pihak penyelaras.

NOTA PENTING:

Semua maklumat berkaitan yuran, syarat kemasukan, struktur program, tarikh pengambilan, jadual kuliah dan kalendar akademik adalah tertakluk kepada pindaan serta pengesahan semasa oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Pendidikan dan UKMShape.

Calon dan pelajar disarankan supaya sentiasa merujuk laman rasmi UKM, Fakulti Pendidikan dan UKMShape bagi mendapatkan maklumat terkini sebelum membuat permohonan, pendaftaran atau pembayaran.

Contact Us

Centre for Shaping Advanced & Professional Education (UKMSHAPE)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor

Contact us

Office Operation Hour

Monday – Thursday
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Friday
8.00 am – 12.15 pm
2.45 pm – 5.00 pm

Counter Operation Hour

Monday – Thursday
8.15 am – 12.45 pm
2.15 pm – 4.45 pm

Friday
8.15 am -12.00 pm
3.00 pm -4.45 pm

Saturday & Sunday
Closed

UKMShape Maps

Copyright © 2025 Universiti Kebangsaan Malaysia