Research Entity

The Centre for Research and Instrumentation UKM

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:

  1. Mempastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas dan sistematik serta cekap bagi memudahkan para penyelidik dan pihak pengurusan dalam urusan kewangan.
  2. Mempastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik-penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
  3. Mempastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik- penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
  4. Meningkatkan reputasi UKM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berkualiti dan cekap dalam menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan persidangan di UKM.
  5. Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara.
  6. Memperkukuhkan serta menguruskan urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
  7. Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
  8. Meningkatkan lagi penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.

Website : https://research.ukm.my/
Email : drmc@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 3184

The Centre for IDEA

Pusat IDEA UKM atau IDEA UKM akronim INOVATIF, DINAMIK, EFISIEN dan AKAUNTABILITI telah diluluskan dalam mesyuarat MPU bil 9/2017 pada 8 Ogos 2017. Pusat ini telah dirasmikan penubuhannya pada 20 November 2017 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi secara majlis pelancaran program UKM – International Integrated Conference (UKM-IIC). Fungsi utama Pusat IDEA UKM adalah untuk menggerakkan cetusan idea-idea penyelidikan multidisiplin berdampak bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara. Terdapat lima Kluster Penyelidikan telah dibentuk iaitu Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi, Kluster Warisan dan Masyarakat Madani, Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju, Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar, dan Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan untuk menyokong ekosistem penyelidikan UKM yang masing-masing diterajui oleh Peneraju Kluster Penyelidikan yang berperanan:

1.Mempromosi kepakaran warga akademik

2. Memudah cara penyelidikan rentas disiplin

3. Memantau, menilai dan melapor prestasi penyelidikan

4. Mengenalpasti bidang fokus kluster penyelidikan

5. Menyelaras usaha menterjemah hasil penyelidikan untuk manfaat pihak berkepentingan

6. Menggerak dan membudayakan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak

7. Menggerakkan Komuniti Keserakanan Penyelidikan

8. Menyediakan khidmat nasihat kepakaran

Website : https://www.ukm.my/ideaukm/
Email : idea@ukm.edu.my
Phone : 03-8911 8261

The Centre for Innovation and Technology Transfer (INOVASI@UKM™)

Inovasi@UKM ialah pejabat pemindahan teknologi UKM. Objektif penubuhan (tahun 2010) ialah untuk memangkinkan inovasi dan menjana nilai dari harta intelek yang dihasilkan dari penyelidikan untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi serta penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik. Fungsi utama penubuhan Inovasi@UKM adalah menguruskan harta intelek dan pemindahan teknologi yang mana melibatkan kolaborasi dengan fakulti/institut di UKM serta lain-lain organisasi luar UKM. Terdapat tiga (3) bahagian utama di Inovasi@UKM iaitu:

i. Pengurusan Korporat.

ii. Pengurusan Harta Intelek; dan

iii. Pemindahan Teknologi.

PIK berperanan dalam pengurusan harta intelek dan pembangunan perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi UKM iaitu;

  • Mempromosikan kolaborasi di antara UKM dengan pakar luaran dan rakan industri di dalam urusan pembinaan kapasiti, pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan;
  • Menyediakan kaedah dan modus-operandi yang proaktif dan inovatif dalam Pemadanan Perniagaan (Business Matching) dengan rakan industri;
  • Menyediakan sumber kepakaran secara kolaboratif bagi proses saringan harta intelek/teknologi (Technology Screening);
  • Menyediakan Dana Inovasi (Pre-Seed Funding) untuk tujuan pembangunan produk dan pembinaan protatotaip (pra-pengkomersilan); dan
  • Membangunkan perniagaan baru bagi pengkomersilan melalui pelesenan teknologi, syarikat terbitan universiti (STU), usahasama (joint-venture) dan pakatan strategik (strategic alliances).

Website : https://www.ukm.my/pik/
Email : pghinovasi@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 4876

UKM Press

UKM Press is a university-affiliated academic publishing imprint under the auspices of the Chancellery Office. The University Publications Committee, led by the Deputy Vice-Chancellor for Research and Innovation, is responsible for the administration of UKM Press.

UKM Press produces academic works, with a particular emphasis on original works in the Malay language. UKM Press, however, continues to accept works produced in English and Arabic, as well as books translated into Malay. Additionally, it welcomes submissions that are based on substantial research in practically all domains of expertise.

UKM Press welcomes the works of scholars and authors from within and outside Universiti Kebangsaan Malaysia, with the mission of forming an organisation that is a conduit and disseminator of a corpus of indigenous knowledge as well as promoting resilience and effective thinking, in line with the current globalisation challenges.

Website : https://www.ukm.my/penerbit/
Email : penerbit@ukm.my
Phone : 03-89213138