PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Key Performance Indicator

PELAN STRATEGIK T.E.R.A.S UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSAI (2021 – 2025) telah dilancarkan pada Jun 2021 menggariskan lima (5) nilai T.E.R.A.S, lima (5)
Kebitaraan dan 25 Prakarsa bagi menyokong dua (2) agenda utama universiti. KEBOLEHPASARAN GRADUAN telah menjadi salah satu Agenda Utama Universiti dan Pusat Pembangunan Karier bertanggungjawab ke atas penyelarasan agenda ini. KPI yang disasarkan dalam pelan ini yang melibatkan UKM-Karier secara langsung menjelang 2025 ialah:

  1. Bilangan sijil profesional dan sijil kompetensi yang ditawarkan: 36 bilangan;
  2. Peratusan graduan yang mendapat pekerjaan: GE = 90%;
  3. Bilangan program/aktiviti yang menekankan aspek-aspek upskilling/ reskilling/cross-skilling: 40 bilangan;
  4. Peratusan pelajar yang mendapat pekerjaan di tempat menjalani latihan industri: 10%;
  5. Bilangan penganjuran hari kerjaya: 12 bilangan.

Muat Turun Buku Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025 UKM

PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (2021 – 2025) merupakan kesinambungan daripada The National Graduate Employability Blueprint 2012-2017 dan ianya dibangunkan untuk memberikan panduan penyelesaian segera kepada institusi awam dan swasta untuk menyediakan graduan berkualiti yang boleh dimasukkan ke pasaran kerja dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi negara. PSKG ini menggariskan 4 strategi, 13 inisiatif dan 31 aktiviti. Empat strategi yang dirancang menekankan aspek strategi pengukuhan kecemerlangan bakat; peluasan kerjaya pelajar; pemantapan pengajaran dan pembelajaran; dan pemerkasaan hubungan industri.

Muat turun Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 – 2025 Kementerian Pengajian Tinggi

Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) merupakan satu transformasi. Walaupun disediakan berdasarkan rancangan sebelumnya, RMKe-12 menetapkan asas bagi merealisasikan semangat Keluarga Malaysia yang akan mengubah landasan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

Melalui dokumen ini, disasarkan kadar kebolegpasaran graduan berada pada 87.7% bagi semua IPT dan Institusi TVET Awam.

Muat turun Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 – 2025 (PENDIDIKAN TINGGI) menggariskan 10 Lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar.  Lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi.

Empat Lonjakan yang pertama memfokus pada keberhasilan warga pendidikan tinggi, termasuk pelajar dalam laluan akademik dan TVET, komuniti akademik dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat. Enam Lonjakan seterusnya memberi tumpuan pada pemboleh (enablers) ekosistem pendidikan tinggi, merangkumi pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.

Muat turun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025