PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

 
 
PUSAT PEMBANGUNAN KARIER atau lebih dikenali sebagai UKM-Karier merupakan salah sebuah pusat perkhidmatan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 2014.
Sejak penubuhannya, banyak perubahan dan pembaharuan telah dilakukan demi mencapai matlamat utama iaitu menjadi pusat membimbing para pelajar dan bakal graduan membuat persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Pelbagai program, aktiviti, kolaborasi dan jaringan diadakan bagi memastikan kadar kebolehpasaran graduan UKM meningkat dan graduan UKM setanding dengan Universiti tersohor dunia  mahupun luar negara.
Visi UKM-Karier ialah kami bertekad menjadi pusat yang berupaya memacu dan menyerlah kompetensi dan keterampilan graduan UKM di peringkat nasional dan di persada antarabangsa, sekali gus meningkatkan tahap kebolehkerjaan graduan UKM. Manakala misi UKM-Karier ialah menjadi satu pusat yang menyediakan perkhidmatan dan program pembangunan kerjaya yang berkualiti dan mampu melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi.

GARIS MASA

2014
2014

Penubuhan UKM-Karier

Pada 30 September 2022, kertas kerja Penubuhan Pusat Kerjaya Mahasiswa UKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 12/2014. Nama rasmi bagi pusat ini ialah Pusat Pembangunan Karier (Career Advancement Centre) dan YBhg. Prof. Dr. Ishak Yusof telah dilantik sebagai Pengarah UKM-Karier yang pertama

2016
2016

Kaunseling Kerjaya & Pejabat Baharu

UKM-Karier telah menerima dua (2) kakitangan Pegawai Psikologi yang menjalankan tugas sebagai Kaunselor Kerjaya. Fokus ketika ini ialah bimbingan kerjaya dan jaringan industri.

Pejabat UKM-Karier telah berpindah ke lokasi baharu di Aras 5 Pusanika yang lebih korporat dan cantik hasil inspirasi Naib Canselor ketika itu iaitu YBhg Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali yang mahukan pejabat UKM-Karier berkonsep terbuka dan mengalu-alukan kehadiran industri.

2018
2018

Perubahan Struktur & Profil Kerjaya

Berlaku perubahan struktur organisasi dengan penjenamaan dua portfolio Timbalan Pengarah kepada Timbalan Pengarah (Pembangunan Kerjaya Pelajar) dan Timbalan Pengarah (Kebolehpasaran Graduan & Jaringan).

Dengan penambahan portfolio Pembangunan Kerjaya Pelajar, Profil Kerjaya telah diperkenalkan bagi mengenalpasti tahap kesediaan kerjaya pelajar.

Pengarah: YBrs Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee

2019
2019

Modul Intervensi Kerjaya & Penubuhan JK Pemandu GE

Program Intervensi Kerjaya telah diperkenal dan dijalankan kepada pelajar-pelajar yang mendapat status Sederhana dan Rendah pada penilaian Profil Kerjaya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 11/2019 pada 24 Oktober 2019 telah bersetuju meluluskan penubuhan Jawtaankuasa Pemandu Kebolehpasaran Graduan yang bertujuan memantau pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan di Universiti.

2020
2020

Pensijilan MS ISO 9001:2015 & Dahboard SKPG

UKM-Karier telah berjaya mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2015 bagi program pembangunan kerjaya.

Sistem Data Analitik SKPG telah disiapkan. Sistem ini bertujuan sebagai dashboard pelaporan kepada pengurusan tertinggi UKM dan fakulti/institut untuk melihat data kajian pengesanan graduan.

2021
2021

Kebolehpasaran Graduan & Penubuhan JK Teknikal GE

Kebolehpasaran Graduan telah diangkat menjadi salah satu Agenda Utama Universiti dalam Pelan Strategik T.E.R.A.S 2021 – 2025.

Penubuhan JK Teknikal Kebolehpasaran Graduan telah diluluskan dan mesyuarat pertama adalah pada 15 November 2021 yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat).

Pengarah: YBrs. Prof. Madya Dr. Salleh Amat