PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

PROFIL & INTERVENSI KERJAYA
Profil Kerjaya merupakan sebuah instrumen yang dapat mengenalpasti kecenderungan, efikasi dan penyesuaian kerjaya pelajar. Manakala Intervensi Kerjaya merupakan satu modul yang dibangunkan bagi menyelesaikan isu-isu kerjaya berdasarkan tahap Profil Kerjaya.

PENGENALAN PROFIL KERJAYA

Profil Kerjaya merupakan sebuah instrumen yang dapat mengenalpasti kecenderungan, efikasi dan penyesuaian kerjaya pelajar. Pelajar akan menjawab Profil Kerjaya ini melalui portal MyKarier. Profil Kerjaya ini mempunyai 3 set ujian iaitu:
  1. Ujian Eksplorasi Kerjaya (Mempunyai 36 item meliputi Minat, Kesukaan, & Kecekapan).
  2. Ujian Efikasi Kendiri Kerjaya (Mempunyai 25 item, yang mengukur efikasi kendiri kerjaya).
  3. Ujian Penyesuaian Kerjaya (Mempunyai 24 item, yang mengukur penyesuaian kerjaya).
Pelajar diwajibkan menjawab tiga (3) kali sepanjang tempoh pengajian iaitu sebelum mendaftar masuk ke Universiti;, semasa tahun 2 pengajian; dan tahun akhir atau sebelum bergraduasi.

PENGENALAN INTERVENSI KERJAYA

Intervensi Kerjaya merupakan satu modul yang dibangunkan bagi menyelesaikan isu-isu kerjaya berdasarkan tahap Profil Kerjaya iaitu Rendah, Sederhana & Tinggi.
Selepas selesai menjalani program Intervensi Kerjaya, pelajar akan diukur sekali lagi melalui Profil Kerjaya bagi melihat keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan. Setiap laporan pencapaian akan dikongsikan kepada fakulti pelajar bagi memastikan fakulti juga memahami keperluan yang perlu ditingkatkan oleh pelajar
Sekiranya selepas intervensi pertama, tiada peningkatan tahap Profil Kerjaya, Career Coaching akan dilaksanakan sehingga pelajar meningkatkan tahap kesediaan kerjaya.